Monday 27 July 2015

Filled Under:

[MESTI BACA] Rakyat Kena Bijak Macam Saya. Saya Beli Ayam RM 1 je Sekilo! :Najib Razak



Najib Razak Tersenyum Kerana Dapat Membeli Ayam Dengan Harga RM1

Perdana Menteri, Najib Razak menasihatkan orang ramai agar membeli belah secara bijak, sebelum mengadu kenaikan harga barang.

Bercakap dalam Majlis Pelancaran Anugerah Kedai Harga Patut 2014 di pasar raya besar di Kuala Lumpur, Najib berkata, sebanyak 269 premis di seluruh negara layak untuk itu.Beliau membuat kenyataan sedemikian lepas dapat membeli seekor ayam dengan harga RM 1. YA! Berita benar.Harga seekor ayam hanya RM 1 bila Najib Razak datang membeli.

“Saya sudah beli satu, ada 999 ekor lagi,”
Tapi, ada tapinya..harga istimewa itu hanya terpakai terhadap 1,000 ekor ayam yang dijual di NSK Trade City, Kuala Lumpur.Pasaraya biasa, masih pada harga yang sama.Majlis pelancaran Anugerah Kedai Harga Patut itu adalah sebahagian dari usaha kerajaan bagi membantu pengguna membuat keputusan dan membuat pilihan.

“Jangan mengadu harga barang naik kerana kamu mempunyai pilihan,”
Kata Perdana Menteri, jika membuat perbandingan, pengguna masih mampu membeli dengan harga munasabah.Tapi, munasabah apa kalau harga ayam sebenar sekitar RM 5-RM 7 di seluruh negara! Pasaraya NSK itu juga bukan ada di seluruh pelusuk daerah dalam Malaysia.

Lagipun, hanya 1,000 ekor ayam yang ditawarkan.Adakah seluruh rakyat dalam Malaysia terpaksa berhempas-pulas ke pasaraya NSK di Kuala Lumpur semata-mata untuk berebut ayam yang berharga RM 1 seekor itu? Kenyataan Menteri sekarang memang menyakitkan hati.

Mungkin kedatangan PM ke pasaraya tersebut, membuat pemilik pasaraya menawarkan promosi harga ayam murah.Kalau PM tak datang, belum tentu kami rakyat biasa dapat beli ayam dengan “Harga Najib”.

Apa pendapat anda dengan kenyataan Perdana Menteri ini?

P.S. Kalau nak dapat harga ayam muran macamni, terpaksalah Najib Razak turun setiap pasaraya dalam Malaysia setiap hari.

CIKGUMERAH




0 comments:

Post a Comment