KUALA LUMPUR: Kaki lima tingkat 10 menara 2 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman terbakar dalam satu kejadian di sini semalam.
Dlam kejadian pada pukul 7.10 malam itu, hanya beberapa dokumen serta buku-buku yang diletakkan di kaki lima pajabat pentadbiran Jabatan Jenayah itu musnah dijilat api, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan ISmail berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.20 malam.
"Empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hant Tuah, Sentul dan Titiwangsa dengan kekuatan seramai 24 pegawai dan anggota tiba ke lokasi pada pukul 737 malam.
Punca kebakaran sudah diketahui dan kecoh di media sosial yang mengatakan kononnya kebakaran terbabit adalah sebahagian usaha pihak berkuasa untuk menghapuskan bukti membabitkan siasatan tertentu termasuklah isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam kejadian petang Rabu itu, menara yang menempatkan pejabat pentadbiran D1 Jabatan Siasatan Jenayah.
Z-PEJUANG
0 comments:
Post a Comment