Thursday, 30 July 2015

Filled Under:

[MESTI BACA] KEDAI INI HANYA BEROPERASI SEKITAR 2 JAM SEHARI TETAPI MENJANA HAMPIR RM60,000 SEBULAN




Sewaktu di Alor Setar, saya diperkenalkan dengan sebuah kedai.
Ianya kedai makan. Kedai makan biasa.
Tidak ada special mana pun.
Tidak ada restoran berhawa dingin. Hatta kipas pun tak ada kalau tidak silap saya.
.
Kedainya cukup mudah.
Ibarat warung.
Di tepian jalan.
Lantai pun tidak rata.
Meja guna meja plastik yang boleh lipat.
Sangat biasa.
Sekali pandang, memang tak tahu tang mana yang special.
.
Apa yang menariknya,
Kedai ni cuma beroperasi sekitar dua jam.
Jam 12.30 hingga 2.30 petang setiap hari.
Menu cuma ada satu. Iaitu Nasi Ayam Garing.
Dalam 2 jam itu,
30 ekor ayam boleh selesai jualan.
.
Ya betul, 30 ekor ayam selesai.
Bukan 3 ekor ya.
Wow!
Saya yang dengar terus terlopong mulut. Hihi
Sehari punya jualan untuk dua jam itu hampir RM2000.
Untuk 30 hari dapat la hampir RM60,000.
Kata kawan saya,
Kedai tu memang begitu dari dulu lagi.
Dari masa dia bujang dan kurus,
Sehingga sekarang sudah beranak 3 dan berisi.
Waktu operasi pun macam tu.
Bilangan ekor ayam pun macam tu.
Warung pun kekal macam tu.
Hebat!
.
Kagum dengan anak Melayu.
Maaf tiada gambar Nasi Ayam Garing tu.
Sebab masa saya sampai,
Dah licin.
Waktu tu baru 2.15 petang.
Saya tengok diorang semua dah duduk rilek.
Ada yang cuci pinggan.
Ada yang mengemas ngemas.
Rupanya dah selesai niaga. -___-‘
.
In sha Allah next time bila saya ke Kedah lagi saya tangkap gambar Nasi Ayam Garing tu ya?




0 comments:

Post a Comment