Tuesday 21 March 2017

Filled Under:

'Ini harta untuk cucu tercintaku' Hairan Mak Mentua Bagi Geran Tanah Untuk Cucunya.

Hi admin. Ini kisah mak mertuaku terhebat.

Dari mula kahwin, kami tinggal di Kuala Lumpur. Suami saya seorang askar, tinggal di kuarters. Duit untuk mak dia memang dah siap potong dari gaji, begitu juga potongan untuk isteri. Sebab bila mereka ada operasi, tiada masalah nafkah mak dan isteri terabai.

Ceritanya, sejak kahwin walaupun RM200 suami potong dari gaji automatik untuk ibunya, mak dia akan minta lagi RM200 pada 25 haribulan (hari kebiasaan terima gaji). Cuma bonus memang dia tak minta.

Saya suri rumah, jaga anak sendiri sejak berhenti kerja. Tetapi 25 haribulan dia akan call saya ataupun suami nak tunggu bank in RM200 itu masuk. Kalau tak, dia tak nak balik dari bandar. Memang pada awalnya saya geram, yelah kadang-kadang tak sempat nak keluar 25 haribulan. Sejak ada Cimbclick, makin tak ada alasanlah nak bank in.

Suami diam saja bila saya cakap, "Dah potong RM200, kenapa minta lagi RM200?"

"Lihat rezeki kita, tak pernah beras habis sebelum gaji. Makan ayam sampai muak tak tahu nak makan apa. Jangan mengeluh," balas suami.

Saya diam sebab apa yang suami kata itu memang benar. Potong saya pun saya pakai makan ke, holiday ke dengan suami dan anak. Gaji dia untuk bayar kereta, lauk dan belanja kerja. Kelengkapan anak sentiasa cukup (bil elektrik dan air masuk slip gaji bayar).

Anak kami dua orang semakin besar. Umur perkahwinan sudah masuk 12 tahun. Tahun lepas kami balik Sarawak, mak ajak jalan. Saya dah pakai bedak baju lawa, minyak wangi. Sekali lagi dia drive sampai hutan. Dia bagi surat.

"Nah, ini dia harta korang,"

Tengok nama kedua-dua anak kami dalam surat tanah itu. Besar dan luas tanah itu.

"Dari mana mak dapat duit beli tanah ini?" soal suami.

"La, setiap bulan mak minta RM200, kamu bagi RM400 (rupanya dia tak tahu ada RM200 itu potongan automatik). Mak dah kumpul di ASB sebabnya mak tahu selepas kahwin, anak aku tak pandai menyimpan. Kalau dia bagi isteri dia menyimpan, akan ada syaitan menghasut suruh ambil. Ada saja kesusahan datang dah ambil simpanan. Kalau mak minta dan simpan, syaitan pun takut nak minta," kata mak.

Saya terkedu, terasa ada dosa sebab ada perasaan sedikit menyampah masa bank in suatu ketika dulu.

"Kenapa tak letak nama saya ke, nama isteri dalam geran?" soal suami lagi.

Tahu apa mak mertua jawab apa?

"Andainya kamu mati, inilah harta anak kamu. Adik beradik suku sakat bau bacang semua tak boleh usik. Mak dah tua, tak tahu bila masa boleh mati. Ikutnya adik beradik tamak. Bini kamu dapat apa? Akan dituntut hak konon," kata mak.

Masa itu kami diam saja, tak tahu nak kata apa. Sekali lagi dia bersuara.

"Mulai bulan depan, mak nak up lagi seratus. Mak nak tanah ini dijadikan ladang sawit. Tak lama lagi kamu pencen, mak nak anak-anak mak ada masa depan. Orang pencen biasanya terbuta dengan duit. Bila nama tanah ini nampa anak kamu, maka korang akan berfikir 10 kali andai nak bercerai. Mak tabah dengan sawit nanti lagilah tak buta warna nak buat kesalahan,"

Lagi kami terdiam, jauh benar pemikiran mak. Terharu sebab dalam diam diusahakan untuk bahagiakan kami suami isteri. Selama ini sesen duit anak dia, dia tak sentuh sebab bapa mertua bagi secukupnya duit untuk mak.

Mampukah aku kelak menjadi mak mertua sehebat dia? Tak pernah bising walau menantu bangun jam 8 pagi. Sebab dia kata, "biarlah dia tidur puas. Di Kuala Lumpur, dia dah bangun awal uruskan anak dia nak turun kerja, cucu nak ke sekolah."

Orang kata pelajaran di rumah bermulanya kehidupan. Betul, sebab masa saya pantang atau demam, segala hal di rumah diuruskan suami lagi baik dari saya. Masak punyalah sedap sebab menipulah kalau askar tak reti memasak. Ingat di hutan ada orang nak masak? Sapu mop memang bersih. Di kem pun bukan tak buat, sampai rumah co pun mereka bersihkan tau.

Semoga kita dapat menjadi mertua yang baik seperti beliau kelak. Aku dan kamu bakal menjadi mertua. Bersamalah kita mencorakkan hidup memakai pangkat kelak.






0 comments:

Post a Comment