Link FB : https://www.facebook.com/myza.mimi
Menurut Myza, kejadian tersebut bertempat di Sunway Pyramid ketika dia berada di lokasi majlis pelancaran Satin Skin TGV Sunway Pyramid baru-baru ini.
Menceritakan kejadian, Myza berkata, ketika majlis pelancaran itu berlangsung, dia terlihat seorang lelaki bertongkat bersama seorang wanita datang menghampiri kawasan TGV Sunway Pyramid.
Berdasarkan perbualan mereka, Myza mengetahui si suami ingin menemani isterinya menonton filem di TGV tersebut, biarpun dia tidak mampu melihat.
Pada awalnya, si isteri, Suhana, 26, menjadi teragak-agak kerana gusar orang ramai akan memandang serong kedatangan mereka dan mungkin juga akan ada insan yang tidak berhati perut akan mentertawakan suaminya.
Namun, biarpun sedar akan kekurangan diri, si suami, Wan Muhammad yang berusia 29 tahun tetap berkeras untuk menemani isterinya menonton filem di panggung tersebut.
Wan Muhammad sedar bahawa dia tidak mampu menikmati filem seperti orang normal lain, tapi apa yang lebih penting baginya adalah dia mampu menggembirakan isteri dengan sempurna biarpun dirinya kekurangan.
Tersentuh hati dengan perbualan pasangan itu, Myza mendekati mereka dan menyatakan hasrat beliau untuk menghadiahkan pas VIP dan VIP treatment untuk mereka menonton di panggung tersebut.
“Saya tersentuh dengan cinta mereka. Biarpun si suami tidak mempunyai fizikal yang sempurna, dia tetap mahu menemani isterinya menonton wayang, biarpun dia hanya mampu mendengar, Ya! Dia hanya mampu mendengar sahaja..”
“Semoga Allah pelihara cinta sejati mereka dan kita semua” kata Myza dalam nada sayu.
"Saya hadiahkan pas ini supaya mereka dapat menikmati filem dalam keadaan tenang tanpa sebarang gangguan.", tambah Myza lagi.
Sumber: FB Myza Mimi
Wan Muhammad dan Suhana. |
0 comments:
Post a Comment