Wednesday 30 November 2016

Filled Under:

Lelaki Kacak Ini Muncul Untuk Beri Penjelasan Isu Rampas Telefon Ayda Jebat

Insiden telefon bimbit Ayda Jebat dirampas oleh seorang pengawal peribadi ketika ingin selfie bersama bintang rancangan popular Running Man, Lee Kwang Soo mendapat perhatian ramai. Malah, video detik-detik telefon Ayda dirampas sudah viral.


Ayda dan peminat beliau tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku dan pelbagai komen serta spekulasi berhubung isu berkenaan hangat diperkatakan sehingga hari ini.
Namun, seorang individu dengan nama Abdullah Aziri Pauzi menerusi akaun Facebooknya telah menjelaskan perkara sebenar mengapa telefon bimbit Ayda dirampas.
Difahamkan, kesemua selebriti yang terlibat didalam acara Running Man Challenge Malaysia, termasuk Ayda Jebat telah dilarang untuk mengambil gambar ataupun selfie bersama Lee Kwang Soo seperti yang termaktub di dalam kontrak yang ditandatangani oleh pihak penganjur iaitu 100 Plus dan Sony. Hanya jurugambar rasmi sahaja yang dibenarkan untuk mengambil foto ataupun video Lee Kwang Soo.
Penjelasan Mejah:-
Dalam kontrak yang ditanda tangani oleh pihak penganjur ( 100 Plus dan SONY), kontrak itu secara jelass menyebut bahawa hanya official photographer dan videographer sahaja yang dibenarkan untuk merakan gambar/video.
Even, before the event itself, kesemua selebriti-termasuk Ayda Jebat, Ajak Shiro, Shahrul Ridzuan, Hafiz Syahrin Pescao55 dan suami Hanis Zalikha (aku tak ingat nama dia apa) dan di brief oleh pihak penganjur bahawa selfie atau gambar tak boleh diambil.
Tindakan Ayda Jebat sebenarnya selfish, dan sebenarnya dia dan pihak penganjur berkemungkinan boleh disaman atau didenda oleh kompeni yang menguruskan Lee Kwang Soo akibat tindakan mahu selfie tersebut.
Mungkin ada yang mempertikaikan mengapa Ajak Shiro sempat selfie. Hi ini mungkin kerana, dia bernasib baik dan mendapat rezeki kerana terlepas dari pandangan body guard yang menjaga Lee Kwang Soo.
Kesimpulannya, jangan marah penganjur. Jangan marah body guard.

Nampaknya perkara ini sudah dijelaskan. Harapnya selepas ini tiada lagi spekulasi lain yang timbul. Mungkin Ayda Jebat boleh memberikan komen mengenai penjelasan ini.





0 comments:

Post a Comment