Walaupun sudah seminggu arwah Pak Yus (Jambu) atau Yussry bin Edoo
meninggalkan kita, rakan seperjuangannya masih tidak dapat melupakan
segala gelagat dan kenangan manis ketika bersama arwah.
Ajak (Shiro) mendedahkan bahawa sebelum lima hari arwah meninggalkannya, arwah meminta dipinjamkan wang sebanyak RM5000. – Yus Jambu Meninggal Dunia – Al-Fatihah
Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 29, berkata, dia terkejut apabila Allahyarham menghubunginya untuk tujuan itu, tetapi memulangkan semula pada keesokan harinya.
“Minggu lalu dia telefon saya dan minta dipinjamkan dalam jumlah tertentu dan saya terus kata boleh dan masukkan ke akaun dia. Dia cakap “Ajak ni baiklah” dan berjanji untuk memulangkan setelah menerima bayaran program Super Spontan lalu.”
“Keesokkannya dia datang jumpa saya dan memulangkan kesemua duit tersebut dan beritahu duit Supar Spontan dah masuk. Saya tidak syak apa-apa tentang itu.”
“Bagaimanapun, saya baru dapat tahu daripada pihak Astro dia belum terima lagi duit Super Spontan seperti dikatakan pada saya.”
Dia masih tertanya-tanya atas tindakan arwah itu dan tidak pasti apa tujuan sebenar arwah. Tetapi, Ajak beranggapan bahawa arwah hanya ingin menguji persahabatan mereka.
“Saya akan ralat seumur hidup kalau saya tidak beri dia pinjam duit. Walhal saya tahu dia tidak gunakan pun duit yang saya beri itu dan memulangkan semula kepada saya.”
Ini bukanlah kali pertama arwah mengujinya begitu, tetapi sebelum ini juga arwah selalu bergurau perkara-perkara berkaitan setia kawan antara dia dengan rakan-rakan pelawak lain.
“Dia seorang yang suka menguji biarpun dalam lawak jenakanya, dia pernah minta saya tolak keretanya yang rosak. Ketika itu masing-masing sibuk berlatih untuk konsert Maharaja Lawak Mega.”
“Apabila saya sudah bersedia dan minta dia tunjukkan keretanya yang rosak dia boleh tunjuk kereta prop dia sahaja. Dia juga ada kata daripada situ dia tahu mana kawan yang boleh bantunya ketika susah.”
Tambahnya lagi, Allahyarham merupakan seorang rakan yang tidak ada tolok gantinya selain banyak memberi nasihat berguna kepada pelawak-pelawak baharu.

0 comments:
Post a Comment