Thursday, 3 December 2015

Filled Under:

Nabil Menangis Ceritakan Kebaikan Dan Kenangannya Bersama Yus Jambu

 



Nabil Menangis Ceritakan Kebaikan Dan Kenangannya Bersama Yus Jambu, Pemergian Yussri Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu nampaknya begitu dirasai oleh rakan-rakan seangkatan dengannya, malahan kehilangan besar di dalam insdustri hiburan tanah air ini juga turut amat dirasai oleh peminat-peminat.
Walaupun sudah empat hari beliau meninggalkan kita, rata-rata masih ramai yang menyebut nama beliau kerana begitu mendalam kesan yang ditinggalkan kepada industri hiburan tanah air kita yang ternyata masih rindukan lawak-lawak spontannya. kebaikan

Terbaru, rakan seangkatan Pak Yus, Nabil Raja lawak menceritakan kenangannya bersama arwah di dalam rancangan hiburan, Meletop.

Ternyata penonton yang hadir dilihat begitu sayu dan ada yang menitiskan air mata mendengar cerita Nabil di mana beliau menceritkan kebaikan Pak Yus terhadapnya.

Menurut Nabil, dua minggu lalu dia baru sahaja berbual dengan rakannya itu, mereka berceritakan tentang kasut dan katanya Pak Yus mengajaknya pergi ke kedai rakannya, “Nanti aku nak bawak hang pi kedai member aku, hang ikut aku, hang ikut aku,” cerita Nabil sambil menahan air mata.

Beliau juga menceritakan selalu diberikan semangat oleh Pak Yus di dalam Maharaja Lawak memandangkan Nabil adalah peserta solo.

Jom kita dengar luahan hati Nabil mengenai kenangannya bersama Pak Yus.

Orang yang baik namanya akan sentiasa dikenang walaupun sudah pergi meninggalkan kita, terima kasih Pak Yus kerana selama ini menghiburkan kami.

Semogo roh arwah tenang dan tergolong dikalangan orang-orang beriman.






0 comments:

Post a Comment