Hanya kerana beliau kini dilihat semakin banyak menerima berlakon, pelakon Zarina Zainuddin memberitahu ada pihak yang mengganggap dirinya sudah berstatus janda bahkan ada beberapa lelaki cuba mendekati dan mahu berkenalan dengannya.
Justeru sebagai bukti rumah tangga yang dibinanya selama 22 tahun ini sentiasa bahagia, Zarina Zainuddin telah memuat naik gambarnya bersama suami. Jelasnya, selama ini beliau jarang memuat naik gambar mereka berdua kerana mahu menjaga hati banyak pihak terutamanya madunya.
“Saya dah anggap Datin Seri seperti kakak sendiri, jadi saya tak mahulah jika tersakitkan hati beliau. Memang benar, dah 22 tahun kahwin, tak pernah saya bawa Datuk Seri ke majlis-majlis hiburan sampaikan Datuk Seri tanya ‘malu ke nak bawa saya?’. Tapi saya jawab bukan malu tapi saya sedar saya berkongsi, jadi saya kena hormat Datin Seri”
“Tapi sekarang ini bila saya aktif berlakon, ada pula yang kata saya dah menjanda. Dan ada juga lelaki-lelaki yang tak tahu fasal kehidupan saya, nak cuba-cuba dengan saya seperti nak ajak keluar dan sebagainya”
“Sebab itulah sesekali saya akan letak gambar saya dan suami. Biar orang yang tak tahu akan tahu saya sudah bersuami, masih ada suami, masih isteri orang,” jelasnya seperti yang dipetik dari sumber Media Hiburan.
Zarina turut menjelaskan bahawa tujuan beliau tidak terlalu menonjolkan suaminya kerana tidak mahu ada yang menyampah dan mendoakan perkara-perkara yang tidak baik terhadap rumah tangganya.
“Saya memang jenis yang tak suka tayang suami. Cukuplah orang tahu saya dah kahwin. Kalau tayang sangat nanti lama-lama ada pula yang menyampah. Yang penting, rumah tangga kami bahagia,” katanya yang bakal muncul menerusi drama terbaharu Menongkah Kasih dan Bujang Terlajak Senang untuk TV3.
0 comments:
Post a Comment