Saturday, 5 December 2015

Filled Under:

GILA SEMAKIN PARAH !!! Bakal Imam di Penjara Kerana Melakukan S3ks Luar Tabii Dengan 6 Orang Pelajar Tahfiz..

Ampang: Seorang pengetua sekolah tahfiz dan anaknya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi menghadapi enam tuduhan melakukan jenayah seksual terhadap pelajar berusia antara 10 dan 15 tahun.

Azman Hassan, 55, dan anaknya, Muhammad Adib Sufyan Azman, 19, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Firdaus Sadina Ali.

 

Azman dan Muhammad Adib yang juga warden di sekolah sama, didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap lima pelajar lelaki berusia 14 tahun di Ukay Perdana di sini, antara Januari 2014 hingga Oktober 2015.

Bagi perbuatan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Muhammad Adib juga turut didakwa merangsang pelajar lelaki berusia 10 tahun dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di tempat dan tarikh yang sama.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, manakala bagi pertuduhan melakukan seks luar tabii, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C kanun sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Sumber





0 comments:

Post a Comment