Wednesday 28 October 2015

Filled Under:

SUBHANALLAH!! IBU DUKUNG ANAK SAMBIL TUNGGANG MOTOR DILANGGAR [VIDEO]


SEMEMANGNYA individu yang berkebolehan mengendalikan pelbagai jenis tugasan dalam satu masa sangat dikagumi.
Sifat individu multitasking ini harus dipuji namun kebolehan seperti itu jangan sesekali disalahgunakan seperti seorang wanita di Paraguay ini.
Video Maria Ojeda Basualdo yang sedang menunggang motosikal dan mendukung bayi perempuannya pada masa sama ini telah mendapat perhatian orang ramai.
Apa yang lebih menakutkan, tindakan berbahaya wanita berusia 19 tahun itu telah mengakibatkan mereka berdua mengalami kemalangan.
Sudahlah tidak memakai topi keledar, didedahkannya bayi itu dengan ancaman bahaya.
Motosikal yang ditunggang oleh dua beranak tersebut kemudiannya dilanggar oleh sebuah motosikal lain ketika Maria cuba menyeberangi jalan yang sesak dengan kenderaan.
w2
Mujur bayi yang digendong wanita tersebut dilaporkan tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Maria juga dikatakan telah menyerah diri di balai polis selepas video tersebut tersebar di laman sosial.
Ibu muda itu boleh dikenakan hukuman denda atau lesen memandunya digantung serta dipenjara selama 3 tahun kerana mendedahkan bayi tersebut kepada bahaya. – Agensi/MYNEWSHUB.CC





0 comments:

Post a Comment