Saturday 17 October 2015

Filled Under:

[MESTI BACA] POLIS TERSILAP HANTAR BANDUAN LELAKI KE PENJARA WANITA ! Apa Jadi Dalam Penjara Wanita Sangat MENGEJUTKAN !


SEORANG banduan, Terry Turner berpakaian seperti wanita ketika ditahan seterusnya dibawa ke penjara wanita Shelby County, Tennessee, Amerika Syarikat atas tuduhan mencuri.

DEK kerana tidak dapat membezakan jantina banduan, pegawai polis tempatan secara tidak tidak sengaja terkhilaf menempatkan seorang lelaki berusia 23 tahun ke penjara wanita.

Ini berikutan, banduan tersebut, Terry Turner berpakaian seperti wanita ketika ditahan seterusnya dibawa ke penjara wanita Shelby County, Tennessee, Amerika Syarikat atas tuduhan mencuri.

Difahamkan, Terry telah memaklumkan bahawa dia adalah lelaki, namun pegawai polis terbabit dikatakan tidak mengendahkan pengakuannya itu.

“Dalam gambar waran, dia berpakaian seperti wanita malah sebelum dibawa ke penjara, dia memberitahu bahawa dia adalah lelaki,” ujar Sherita Turner, iaitu kakak kepada Terry.

Difahamkan, perkara tersebut hanya disedari selepas tahanan wanita menjerit tatkala melihat alat sulit lelaki berkenaan ketika dia sedang menggunakan tandas.

Susulan itu, Terry kemudian dipindahkan ke penjara lelaki dan kini telah dibebaskan.

Dalam perkembangan lain, pihak polis Shelby County kini sedang menyiasat mengapa Terry telah diletakkan di penjara wanita dan bukan pusat tahanan lelaki.





0 comments:

Post a Comment