BIRMINGHAM - Seorang bayi minum cecair pencuci ketuhar ketika bapanya sedang sibuk membersihkan ketuhar, melecur di bahagian muka dan buah pinggangnya gagal berfungsi.
## Elijah Moleh, 1, mula tercekik selepas minum bahan kimia toksik itu ketika bapanya sedang membersihkan ketuhar.
Mangsa terus dikejarkan ke hospital dan pegawai perubatan segera membuka semula saluran penafasannya dan memantau mangsa dengan rapi selepas mengalami kegagalan buah pinggang akut.
Bapanya, Jimmy, pembangun permainan telefon bimbit, hanya berpaling seketika dari anak lelakinya untuk menggosok jaring ketuhar sebelum terdengar anaknya menjerit.
Melihat wajah Elijah melecur di bahagian mulut, Jimmy menyedari anaknya telah cuba untuk minum cecair pencuci tersebut, segera menghubungi ambulans.
"Ini adalah hari yang paling teruk dalam hidup saya melihat anak dalam kesakitan dan saya tidak berdaya melakukan apa-apa. Saya benar-benar trauma dengan semua ini. Ia bagaikan mimpi ngeri bagi kami.
"Sudah lama kami tidak membersihkan rumah. Bila ada kelapangan, saya ingat nak bersihkan rumah. Tetapi sebaliknya terjadi pula insiden besar seperti ini," katanya yang menyalahkan dirinya di atas apa yang berlaku.
Elijah melecur di tahap pertama di bahagian muka, melecur tahap kedua di bahagian dada dan belakang badan yang kini di bawah pemantauan rapi di Hospital Kanak-Kanak Birmingham.
Ibunya, Deanne, 39, dan anak sulung, Jacob, 3, terpaksa bermalam di hospital untuk menjaga Elijah.

0 comments:
Post a Comment