Tuesday 27 October 2015

Filled Under:

[JOM TENGOK] VIDEO..NELAYAN SELAMATKAN ANAK PELARIAN SYRIA DARI LEMAS


JIKA bukan kerana kecekapan dan keprihatinan nelayan dari Turki ini, barangkali masyarakat dunia akan menyaksikan sekali lagi kisah sadis yang pernah menimpa adik Aylan Kurdi.
Video dua orang nelayan yang bertungkus-lumus menyelamatkan seorang anak pelarian Syria yang terapung di Laut Aegean baru-baru ini, nyata telah meninggalkan kesan kepada seluruh masyarakat.
Kanak-kanak lelaki itu terapung bersama ahli keluarganya selepas bot yang mereka naiki untuk ke Eropah dipercayai karam.
Suasana panik dapat didengar selepas dua nelayan mendapati budak lelaki yang terapung dalam keadaan kepala di dalam laut itu masih mempunyai harapan untuk meneruskan hidup.
1
Kapten bot pada mulanya menyangka anak kecil berusia 18 bulan itu sudah tidak bernyawa ketika ditemui.
Namun selepas menarik badan budak lelaki itu ke atas bot, seorang daripada nelayan menjerit teruja selepas mendengar budak tersebut mengeluarkan suaranya.
“Dia kelihatan sangat pucat. Kami sangkakan dia mengalami hipotermia kerana badannya sangat sejuk manakala kaki serta tangannya sudah bertukar putih. Mulutnya juga berbuih,” ujarnya.
Mereka cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan budak terbabit termasuk membuat panggilan kecemasan.
o-BABY-570
Muhammad Hasan, 18 bulan
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhammad Hasan itu akhirnya dibawa ke Kusadasi dan dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Dalam kejadian sama, nelayan bot tersebut menyatakan mereka telah menarik dan menyelamatkan sekurang-kurangnya 15 orang daripada mati kelemasan di situ. 




0 comments:

Post a Comment