Saturday, 17 October 2015

Filled Under:

GEMPAR!! 2 PARAH KERETA HABIS LENYEK DIREMPUH BAS (6 GAMBAR)



Bukit Mertajam, 16 Okt: Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera apabila sebuah bas melanggar kereta terbabit dari belakang yang menyebabkan kereta itu merempuh kereta di depan.

Kereta yang dinaiki oleh dua orang lelaki itu 'lenyek' teruk dan menyebabkan kedua-dua mereka tersepit.

Kejadian dilaporkan berlaku di Plaza Tol Juru, arah utara, Bukit Bertajam jam 6 petang tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Peguasa Bomba Kanak II, Ismail Nor, pihak bomba tiba di tempat kejadian pada jam 6.12 petang sebelum mengeluarkan mangsa.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk dirawat,” katanya. - Siakapkeli.my










0 comments:

Post a Comment