SATU perkara yang harus diambil berat oleh ahli politik zaman sekarang
adalah, rakyat tak lagi naif dan sukar untuk membezakan perkara yang
betul dan dusta.
Zaman berpolitik sambil mencanang fitnah sudah berlalu dan kebanyakannya cuma menambahkan jengkel rakyat sahaja.
Apatah lagi, menampal gambar guna teknik photoshop yang pada hari ini budak sekolah rendah pun dah pandai buat.
Justeru tindakan puak pembangkang mengedit sekeping gambar memaparkan
Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak bersama Datin Sri Rosmah Mansor
sambil mendakwa mereka berada dalam satu menyuarat kabinet sekaligus
mempertikaikan kehadiran isteri PM di situ amat menjengkelkan.
Ini cuma satu daripada contoh usaha terdesak digunakan pembangkang bagi meraih sokongan rakyat menggunakan fitnah dan gambar yang diedit!
Bagaimanapun, memandangkan gambar edit dan penyebaran cerita dengan fakta palsu di zaman ini amat mudah dikesan maka golongan yang akan tertipu dan percaya dengan fitnah yang dipanjangkan ini pastinya mereka yang taksub dengan politik hingga percaya apa saja cerita yang disuapkan tanpa mahu menyiasat kebenarannya terlebih dahulu.
Namun bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan politik dan rajin membaca, penyebaran gambar fitnah sebegini adalah ‘so yesterday’ dan memuakkan.
Sebenarnya rakyat sudah naik benci dengan budaya memfitnah bagi meraih sokongan dan apa yang diharapkan kini adalah supaya semua ahli politik berhenti memperbodohkan masyarakat sebaliknya berkempen dengan fakta bukan auta!
– MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment