Ibu muda digelar jutawan dadah 1.4juta ini kini di tahan bersama 3 anak
Langkawi
: Seorang ibu kepada tiga orang anak yang menjadi dalang kegiatan
pengedaran dadah di pulau peranginan ini sejak kira-kira tiga tahun lalu
sehingga mampu memiliki simpanan berjumlah RM1.4 juta diberkas polis
pada Khamis lalu.
Wanita
berusia 28 tahun berasal dari Pendang dekat sini itu ditahan sepasukan
polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah
Langkawi ketika dia baru tiba di Terminal Feri Kuah di sini dari
Terminal Feri Kuala Kedah kira-kira pukul 6.30 petang.
Turut bersama suspek ketika itu ialah tiga anaknya yang berusia antara tujuh hingga sembilan tahun.
Ketua
Polis Daerah Langkawi, Superintendan Dr. Che Ghazali Che Awang
memberitahu, dalam tangkapan itu, pihaknya turut menemui lima kilogram
heroin dan 171 gram syabu bernilai RM202,000 di dalam beg galas yang
dibawa wanita tersebut.
“Kita percaya suspek mendapatkan bekalan dadah itu dari tanah besar untuk diedar kepada penagih di Langkawi.
“Siasatan
awal kita juga mendapati wanita tersebut tinggal di Alor Setar dan
berulang-alik ke Langkawi untuk mengedar dadah. Kita masih menyiasat
kekerapan dia datang ke pulau ini,” katanya ketika dihubungi di sini
semalam.
Kata
beliau, pihaknya juga mengesan bahawa suspek mempunyai simpanan
berjumlah RM1.4 juta di dalam akaun bank miliknya dan percaya ia adalah
hasil daripada kegiatan pengedaran dadah sejak kira-kira tiga tahun
lalu.
“Wanita
ini tidak mempunyai pekerjaan lain dan kita percaya pendapatan
lumayannya adalah hasil daripada kegiatan haram ini,” ujarnya.
Che
Ghazali memberitahu, bekalan dadah yang dibawa suspek mampu dijual
kepada kira-kira 50,000 penagih dadah untuk tempoh beberapa bulan jika
diedarkan dalam bentuk peket dan straw. Kosmo!
0 comments:
Post a Comment