Tuesday, 4 August 2015
Filled Under:
[WAJIB TENGOK] Hasil seni kami ni diharap dapat buat MBSA kerja "LEBIH SEDIKIT"
Posted By:
Unknown
on 05:48
Kerana sudah tidak tahan dengan keadaan jalanraya yang rosak di sekitar Shah Alam telah membuatkan sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka "Brotherhood Shah Alam" juga merupakan penduduk sekitar telah tampil menconteng dan mengecat jalanraya yang rosak.
Menurut mereka pelbagai aduan sudah dilakukan tetapi tidak ada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Dikatakan mereka melalukan tindakan berkenaan kerana untuk mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi yang mungkin boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Mereka semalam telah menjalankan aktiviti ini sekitar SHELL UNISEL, Seksyen 21 dan sekitar seksyen 14 dekat dengan Kompleks PKNS dengan mencari jalan rosak dan berlubang.
Bagi mereka, tidak kisah untuk penduduk sekitar atau orang ramai marah dengan tindakan menconteng jalanraya ini kerana tindakan yang mereka lakukan adalah salah satu usaha untuk membuka mata pihak MBSA supaya cepat memperbaiki jalan berkenaan.
Selain itu, cat kuning yang digunakan mereka juga sudah pasti senang dinampak oleh pengguna jalanraya yang melalui jalan berkenaan, jika nampak cat kuning berkenaan bolehlah dielak kerana disitu terdapat lubang ataupun jalan rosak.
Aktiviti ini diketuai oleh Saudara Lando Zawawi bersama penduduk sekitar. Lando sebelum ini diketahui sering tampil megeluarkan kenyataan tentang masalah jalan rosak disekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang
MEDIABERAT66
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment