Wednesday, 12 August 2015

Filled Under:

[WAJIB TENGOK] EXCO Pemuda UMNO Berang Disamakan Dengan Beruk

SALAH seorang EXCO Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah, ‘terbakar’ apabila seorang individu yang mendakwa sebagai penyokong kuat Datuk Seri Najib Tun Razak, menyamakan dia dengan beruk!

Bukan hanya Armand, gelaran tersebut malah turut ditujukan kepada beberapa individu lain dalam satu gambar yang dimuat naiknya di laman sosial termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Ahmad Shuaib Ismail berkongsi foto yang dimuat naik Armand bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kapsyen kontroversi

Kisah tersebut bermula apabila Armand memuat naik foto berkenaan di laman Facebook peribadinya atas tujuan untuk berkongsi bersama pengguna lain. Apatah lagi, pemimpin kedua tertinggi dalam UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sudi bergambar dengan mereka.

Walau bagaimanapun, seorang individu, Ahmad Shuaib Ismail, tiba-tiba berkongsi semula foto tersebut di laman sosialnya berserta kapsyen yang betul-betul menusuk kalbu!

Tulisnya, “Soalan hujung minggu: Cuba cari apa perbezaan gambar di bawah.”

Ouch! Walaupun tak menyatakan apa-apa maksud secara jelas, tapi setiap pengguna dapat meneka yang Ahmad Shuaib cuba menyindir Armand dan rakan-rakannya dengan menyamakan mereka dengan beruk.

Mana taknya, Ahmad Shuaib meletakkan sekeping foto sekumpulan beruk, malah menyuruh pengikutnya mencari perbezaan dalam gambar tersebut. Cukup pedas sindiran tersebut, kan?

Tak mendiamkan diri, Armand kemudiannya berkongsi semula status Ahmad Shuaib itu di laman Facebook lantas menyamakan Ahmad sebagai pejuang yang tiada class!


Status yang dikongsi Armand di laman Facebooknya susulan kenyataan sindiran Ahmad Shuaib

Tulis Armand, “Seorang yg tiada class dlm perjuangan, hanya pencari publisiti murahan mamat ni. Kesian lihat beliau ni. Doakan Allah SWT berikan hidayah pada beliau ni yg cetek akal.”

Selain itu, rakan Armand yang terlebih dahulu berkongsi foto tersebut turut menulis kapsyen, “UMNO x ajar hina pemimpin sendiri. DS @nohomar loyar ni dok kat UMNO Sel. Ni ke cybertrupet yg PM maksudkan?”

Yang menjadi tanda-tanya, kenapakah Ahmad Shuib yang mendakwa dirinya sebagai ahli UMNO sejati, ‘menembak’ seorang EXCO Pemuda UMNO? Adakah dia mempunyai agenda tersembunyi, ataupun dia sendiri tahu agenda tersembunyi pihak satu lagi?

Apa-apapun, rasanya lebih molek sekiranya kedua-dua mereka duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian daripada bertekak dan saling membalas status di laman sosial.

Pastinya, situasi ini akan memalukan diri masing-masing, malah akan memburukkan imej UMNO sendiri. – MYNEWSHUB.CC

UMNO Akan Menentang Fitnah Online – Abdul Rahman Dahlan





0 comments:

Post a Comment