Penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau lebih dikenali sebagai Vapor adalah haram bagi mereka yang beragama Islam.
Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan yang di muat naik di laman
Facebook Mufti Wilayah Persekutuan dan laman web Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim), hari ini.
Menurutnya Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad
al-Bakri berkata, hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik
kerana qiyas kepada rokok sebenar, kenyataan pakar menunjukkan ia
mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri.
Malah, katanya, ia merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana
mafsadahnya atau keburukannya tidak boleh disangkal lagi serta
mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berkuasa.
“Merokok satu pembaziran, meniru budaya yang bukan Islam dan dilihat
tidak bermaruah serta terdapatnya fatwa ulama yang menyokong tentang
pengharaman rokok elektronik ini.
“Justeru, kami berpendapat seperti itu juga. Kami nyatakan di sini fatwa
yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa.
Justeru, hukumnya adalah haram,”
Dr Zulkifli berkata, dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia
adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok berhenti daripada
merokok.
Justeru, ia menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok.
“Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana
dikatakan ada juga bahan tobacco dan nikotin yang asalnya daripada bahan
yang boleh memabukkan dan memberi mudarat kepada kesihatan manusia.
“Kami juga menyeru umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik berdasarkan kenyataan di atas.
“Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor,
kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi
makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka,” katanya.
MALAY-ONLINE
0 comments:
Post a Comment