Wednesday, 5 August 2015
Filled Under:
[MESTI TENGOK] Pekerja HKL Dikecam, Bersikap Kurang Ajar Kepada Warga Tua
Posted By:
Unknown
on 15:05
KEJADIAN yang berlaku di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ini pasti membuatkan anda ‘panas’.
Baru-baru ini, seorang lelaki warga emas telah dimarahi oleh petugas di kaunter hospital tersebut hanya kerana tidak mengisi borang yang diberikan dengan lengkap.
Difahamkan, lelaki tua itu mempunyai masalah penglihatan menyebabkan dia tidak dapat melengkapkan borang yang diberikan.
Namun tanpa bertanya dahulu, petugas tersebut terus memaki hamun menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya setelah melihat borang yang diberikan kepadanya.
Menurut individu yang memuat naik gambar viral tersebut, petugas tersebut amat tidak profesional dan kurang ajar kepada orang awam.
“Ni manusia paling ******* skali. pakcik xnampak mata nak tulis, die boleh marah. cakap nak marah2 b****,” kata Pajan @Shahfahzan di laman Twitter.
Difahamkan perkara seperti ini bukannya kali pertama berlaku di situ cuma kali ini ia datang beserta gambar.
Menurut sumber, terdapat lima kaunter yang disediakan namun hanya dua sahaja yang beroperasi pada hari tersebut.
Difahamkan, pihak HKL telah mengambil maklum kes tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap pekerja terbabit. – MYNEWSHUB.CC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment