SETIU - Seorang kanak-kanak perempuan 4 tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera nenek tiri apabila mengalami kecederaan bengkak pada badan, muka dan mata dalam satu kejadian di Kampung Banggol, Permaisuri di sini.
Kejadian disedari oleh seorang pegawai perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengguna apabila kanak-kanak itu dihantar oleh ahli keluarga kira-kira jam 2 pagi semalam.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Idris Mohamed, mangsa dibawa ke hsopital berkenaan setelah dikatakan terjatuh ketika bermain.
Bagaimanapun, pihak hospital sangsi dengan hasil pemeriksaan yang mendapati kesan lebam dan luka yang banyak pada tubuh mangsa termasuklah lemba di mata kiri.
“Kanak-kanak terbabit disyaki didera berdasarkan kecederaan dialami pada tubuh badannya,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.
Tambah Idris lagi, polis difahamkan mangsa dihantar oleh bapa saudara apabila diminta oleh datuk yang menjaga mangsa.
Menurutnya lagi, datuk mangsa, 51, dikatakan tidak tahan apabila melihat cucunya didera oleh isterinya(nenek tiri mangsa).
“Suspek wanita berusia 27 tahun sudah dikenal pasti, manakala mangsa masih dirawat di HSNZ dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
“Polis masih tunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital dan siasatan lanjut masih dijalankan, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya. - Siakapkeli.my
0 comments:
Post a Comment