Astagafirullah! apa nak jadi dengan pelajar kita zaman sekarang? dulu
time admin sekolah benda2 mcm ni mmg xde langsung sekarang semuanya dah
berubah...baca lagi di kucinghappy..
Belum lagi reda isu rokok elektronik berperisa ganja, warga kota dikejutkan pula trend terbaharu 'shisha stick', dipercayai mengandungi bahan menyebabkan ketagihan dan menjadi kegilaan golongan remaja.
Berbentuk
dan bersaiz sama seperti pen serta mempunyai pelbagai warna, 'shisha
stick mudah disembunyi sebagai alat tulis, menurut satu status pengguna
laman sosial 'Facebook' yang turut memuat naik gambar bahan berkenaan.
Pengguna
Facebook berkenaan menarik perhatian harga 'mampu milik' di sekitar
RM17 ke RM20 dengan pelbagai perisa memudahkan lagi ia dibeli pelajar
sekolah.
Status itu turut dikongsi pengguna sosial media lain dan menjadi viral sejak minggu lepas.
Hasil
maklumat itu, Bernama membuat tinjauan di sekitar ibu kota dan
mendapati ia dijual secara sembunyi hanya kepada golongan tertentu
selain boleh juga didapati, antara lain, di kedai serbaneka.
Penulis
berusia awal 40-an ini menyamar sebagai pembeli di Pasar Larut Malam
Danau Kota, Setapak, di sini namun gagal apabila seorang penjual rokok
elektronik memberi pelbagai alasan untuk tidak menjualnya kepada
penulis.
Penjual
itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam pada mulanya tidak mengaku
menjual barangan itu namun setelah dipujuk, dia mengaku pernah
menjualnya.
"Dulu memang ada jual tapi sekarang tak ada stok lagi abang," katanya.
Bagaimanapun,
rakan sekerja berumur awal 20-an yang menyamar sebagai pelajar sekolah
berjaya membeli 'shisha stick' di sebuah kedai serbaneka yang turut
menjual barangan runcit dari Timur Tengah di Jalan Bukit Bintang,
setelah terpaksa mengambil masa lama berunding.
Shisha
stick itu tidak disimpan secara terbuka, dan peniaga yang hanya mahu
dikenali sebagai Malek hanya mengeluarkan barangan berkenaan dari sebuah
bungkusan apabila pelanggan terdahulu beredar.
"Do
you want this one (shisha stick)...," kata Malek sambil menambah bahawa
dia hanya mempunyai baki lapan shisha stick dalam stoknya.
Kelihatan resah sepanjang urusan jual beli itu, Malek bagaimanapun enggan mendedahkan asal barangan berkenaan.
Shisha stick itu dibeli oleh wartawan Bernama dengan harga RM17.
Sementara
itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri
Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata shisha stick atau dikenali sebagai
'Shisha Pen' ataupun dengan nama 'Hookah Pen' adalah kategori rokok
elektronik dan mempunyai fungsi yang sama seperti 'Vapor'.
Katanya
shisha stick tidak popular berbanding vapor disebabkan kandungan cecair
perisa yang sedikit dan tidak memberi kepuasan kepada pengguna
berbanding vapor.
"Sehingga kini tiada undang-undang berkaitan larangan mengguna shisha stick," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau
berkata namun demikian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kementerian
Pendidikan peringkat negeri dan daerah serta Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan berkerjasama bagi memantau
penyalahgunaan bahan yang disyaki mengandungi dadah.
Mohd
Mokhtar berkata pemantauan dan risikan polis mendapati setakat ini
penggunaan shisha stick bukan merupakan kaedah baharu bagi penyeludupan
dan pengedaran dadah jenis ganja di negara ini. sumber
0 comments:
Post a Comment