#$Seorang isteri mengadu pada suaminya
‘abg, badan saya sejuk, kenapa ye?’
‘itulah awak, buat keje tak berhenti, rehat la dulu, makan ubat’
‘abg.. bila abg free esok, boleh bawa saya pergi check-up?’
‘abg busy banyak keje..tengok la esok ye’
keesokan hari…
‘abg, saya rasa nak demam kepala saya pening badan saya rase lemah.. rasa nak muntah pun ada’
‘muntah? salah mkn la tu kot’
‘taktahu la bang,..’
“Abang…doktor kata saya tak boleh mengandung, Maafkan saya” – Kisah yang pasti buat anda menangis
“Abang…doktor kata saya tak boleh mengandung, Maafkan saya” – Kisah yang pasti buat anda menangis
Tiba-tiba… isterinya betul-betul pitam di hadapan suaminya, lalu isteri tersebut dibawa berjumpa doktor.
Setibanya di klinik, si suami bergegas pergi ke pejabat kerana mendapat panggilan dari majikannya lalu tinggallah si isteri seorang diri.
keesokan hari..
(di bilik tidur)
‘abg, sy ada sesuatu nak bagitau abg..’
(si suami pula tertidur)
keesokan hari lagi…
(sewaktu hendak sarapan pagi)
‘abg, semasa berjumpa doktor semalam.. saya …’
tiba-tiba si suami dapat pangilan urgent dari pejabat, si suami lalu bergegas ke ofis. Sehinggalah hari-hari seterusnya. Si isteri tidak pernah berpeluang meluahkan apa yang terpendam dihatinya. Memandangkan si isteri juga seorang yang penyabar, tidak suka menyusahkan si suami, maka si isteri hanya mencari peluang bila si suami betul-betul tidak sibuk.
Pada suatu hari di waktu petang , dihari yang lain pula, si isteri menyiapkan sarapan petang untuk si suami. Si isteri melihat suaminya membaca surat khabar dan di kesempatan itu si isteri mengambil peluang untuk bersuara.
‘abg, doktor kata saya tak boleh mengandung..’
Si suami entah mendengar entah tidak, matanya hanya tertumpu pada sekeping kertas yang menarik perhatianya.
Si isteri bersuara lagi
‘maafkan saya tak dapat memberi abg zuriat bang..’ (sambil menahan sebak, airmata setitik jatuh)
Si suami tidak memberi respon, entah apa yang menarik sangat pada surat khabar itu sehingga matanya langsung tidak beralih, telinga pula seakan tidak mendengar. Si isteri kemudian berlalu masuk kebilik. Di dalam bilik, si isteri menangis sepuas-puasnya. Dengan rasa sedih yang teramat, si isteri mengambil wudhu lalu melakukan solat hajat dan berdoa agar dibukakan hati suami memberi sedikit perhatian padanya. Dalam khusyuk berdoa, tangan si isteri mengeletar dan seluruh badannya lemah.
‘abgg…!’ (suara tidak jelas kepada suami di luar sana, apatah lagi pintu bilik tertutup rapat)
Berberapa jam kemudian si suami masuk ke bilik, dilihat si isteri sedang terbaring di lantai. Terkejut si suami lalu memanggil nama isterinya. Tiba-tiba terbayang di mata si suami tentang pengaduan isterinya yang sakit sebelum ini nmun tidak pernah diendahkan. Kesemuanyanya tidak jelas pada dia, kerana dia sedar kini telah banyak mengabaikan si isteri. menyesal si suami berkelakuan sebegitu.
Tiba-tiba…
Si suami menarik nafas lega apabila si isteri membuka mata.
‘abg, dalam laci.. almari’ (sambil mengenggam jemari si isteri, suami membalas)
‘syg, bangun! kenapa ni? maafkan abg syg, abg telah abaikan syg sebelum ni, kita pergi hospital ye’ (sambil berlinang airmata lelaki).
‘terima kasih abg peduli saya walau sesaat..maafkan semu kesalahan saya abg’
Pada hari jumaat jam 7.45 malam, degupan jantung si isteri telah terhenti dipangkuan suami. Semuanya sudah terlambat. Menyesal pun tidak berguna lagi. Lalu si suami teringat akan kata-kata terakhir si isteri. Dgn pantas, si suami lalu mencapai sesuatu didalam laci almari dan didapatinya sebuah surat lalu dibaca dengan rasa gementar dan berlinangan airmata dipipi.
” abg, hari yang kita pergi check up tu, dokotr cakap barah rahim saya sudah terlambat untuk diubati. maafkan saya tak dapat memberikan abg zuriat. Halal kan segala makan minum dan segala-galanya tentang saya ye abg.. maafkan saya yer abg..”
“Abg, kalau esok saya sudah tidak ada lagi didunia ini, doakan saya setiap solat abg. Tolong jangan lupa ye abg. macam mana sekalipun layanan abg pada saya selama ni, saya terima dan saya maafkan abg. SAYANG SAYA PADA ABG, TIDAK PERNAH ADA SUDAHNYA, SEHINGGA NAFAS SAYA YANG TERAKHIR”
Sumber : Popiyah
0 comments:
Post a Comment