#Bukan tidak biasa kita mendengar aduan org ramai mengenai makanan & minuman yg dihidang oleh sesetengah restoran...
#Ada sahaja cerita jijik mengenai kualiti makanan termasuk penemuan bendasing yg boleh meloyakan anak tekak bila dilihat....
#Tapi dlm banyak-banyak, tak sangka pula kami restoran francais popular Ayamas turut terpalit sama menghidang juadah yg sudah basi kepada pelanggan....
#Hal tersebut diadukan oleh seorang pelanggan, Shafiq Fhadly yg meluahkan rasa tidak puas hati & kesalnya membeli ayam panggang dari Ayamas secara online baru-baru....
#Menurutnya, ayam panggang yg diberi bukan sahaja sudah basi & berwarna pelik malah mempunyai bau yg sgt busuk.....
#Lebih teruk, Shafiq mendakwa terpaksa menunggu tempahan ayam panggangnya lebih dua jam berikutan beberapa masalah termasuk penghantar makanan mengalami kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, perkara itu dimaklumkan lewat & pihak restoran langsung tidak memohon maaf mengenai kesulitan tersebut.....
#Difahamkan, selepas mendapat tahu ayam panggangnya yg dibeli tlh basi, Shafiq kemudian memaklumkan hal tersebut kepada pengurus cawangan tersebut namun tiada sebarang respon atau tindak balas.....
#“Malam ini saya membuat tempahan Ayamas secara online pada pukul 7.41 pm utk mkn malam. Selepas satu jam menunggu, saya menghubungi kembali utk memeriksa tempahan saya & terkejut cawangan Ayamas (Damai Perdana) tidak menerima pesanan saya...
#“Selepas 1. 30 jam kemudian pengurus cawangan menghubungi saya mengunakan telefon bimbitnya memaklumkan mereka terpaksa membatalkan tempahan saya berikutan masalah teknikal (budak penghantar terlibat dlm kemalangan). Saya rasa amat bersalah terhadap budak itu namun mengapa mereka mengambil masa 1.30 jam utk memaklumkan hal itu & membiarkan saya kelapan. Lebih teruk, pengurus mudah menyatakan jika saya masih mahu lagi, saya perlu menunggu satu jam lagi.....
#“Akibat kedegilan saya & pengurus tindak berasa bersalah (tidak memohon maaf) saya tekad utk menunggu. Selepas satu jam kemudian (9.50 pm), akhirnya saya dpt tempahan saya.....
#“Tetapi, apabila saya ingin menjamahnya saya mendapati ayam itu sudah busuk (tidak boleh dimakan), berwarna pelik & mempunyai bau busuk. DAH BASI. BASII.
#“Saya menghubungi talian perkhidmatan pelanggan tetapi mereka sudah ditutup. Saya menghantar SMS pada pengurus namun tidak menerima sebarang respon,” tulisnya....
#Seperti semua maklum, restoran Ayamas merupakan restoran yg sangat menitik beratkan kualiti makanan & juadah favorite rakyat Malaysia.....
#Maka, tidak wajar utk membiarkan perkara seperti ini berlaku kerana ia akan mencalarkan nama restoran....
#Sementara itu, kami berjaya menghubungi pihak Ayamas utk mendapatkan pengesahan berkenaan isu ini namun pihaknya memaklumkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan kes ini & akn memberi maklum balas sebentar lagi.....
0 comments:
Post a Comment