Sebuah rumah ibadah, biasanya dilindungi oleh sang maha kuasa. Kerana
merupakan tempat suci yang di agung-agungkan. Sama halnya seperti masjid
di Jepun ini. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Muslim Kobe. Masjid
ini merupakan masjid pertama yang ada di Jepun, di bangun pada tahun
1928 di Nakayamete Dori, Chuoku. Pembinaan masjid muslim Kobe ini cukup
lama iaitu 7 tahun lamanya dan baru rasmi di buka pada Oktober 1935.
Pada tahun 1945 apabila berlaku Perang Dunia II, setelah Amerika
menjatuhkan bom atom di Nagasaki dan Hiroshima. Masa itu, daerah Kobe
juga menerima serangan bom melalui udara. Meski bom yang dijatuhkan di
Kobe tidak sejenis bom atom di Nagasaki dan Hiroshima, namun Kobe juga
rata dengan tanah.
Ajaibnya, masjid ini tetap berdiri kukuh!
Walaupun semua kaca tingkap masjid ini pecah dan dinding luarnya
mengalami keretakan. Bahagian luar masjid juga menjadi agak hitam kerana
asap serangan bom.
Para tentera Jepun yang berlindung di bawah tanah masjid ini pun selamat
dari serangan ini, begitu pula dengan senjata-senjata yang
disembunyikan. Kemudian masjid ini menjadi tempat pengungsian korban
perang.
Selepas Perang Dunia II berakhir, Arab Saudi dan Kuwait pun baik
pulih masjid ini dan memberikan bantuan dana untuk pengubahsuaian.
Mereka menukar kaca-kaca tingkap yang pecah dengan kaca tingkap baru
yang didatangkan langsung dari Jerman. Sistem pengatur suhu pun dipasang
di masjid ini.
Pada
17 Januari 1995, kekukuhan Masjid Muslim Kobe kembali diuji ketika
terjadi gempa bumi yang menurut masyarakat Jepun merupakan gempa bumi
terburuk sejak gempa bumi besar di Kanto pada tahun 1923. Tapi Masjid
Muslim Kobe tetap berdiri kukuh hingga saat ini.
0 comments:
Post a Comment