Pasangan
suami isteri yang dituduh mendera kanak-kanak berusia lima tahun, sejak
Januari 2015 mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan berkenaan di
Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.
Pengakuan
itu dibuat tertuduh pertama berusia 24 tahun dan suami berusia 39
tahun, di hadapan Hakim Dazuki Ali, selepas pertuduhan dibacakan
jurubahasa mahkamah.
Tertuduh
pertama menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa menganiaya dengan
menyebabkan kanak-kanak berusia lima tahun mengalami kecederaan fizikal
dan emosi antara Januari 2015 hingga Mei 2015 di Kampung Bagus, Rantau
Panjang.
Untuk
itu, dia didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh
dihukum denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak
melebihi 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi
pertuduhan kedua, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah
ke atas mangsa yang boleh dibicara mengikut Seksyen 325 Kanun
Keseksaan.
Sementara
itu, tertuduh kedua yang juga bapa kandung mangsa didakwa mengikut
Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan dan menyebabkan
mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi pada tempoh dan tempat
yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Kelantan Julia Ibrahim yang menawarkan jaminan RM30,000 bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah
kemudian memutuskan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin
RM20,000 untuk setiap pertuduhan dan perlu melapor diri di Balai Polis
Rantau Panjang pada setiap 1 hingga 5hb, setiap bulan hingga kes
selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Ogos 2015. - HM
0 comments:
Post a Comment