SUKAR untuk membicarakan tentang Illuminati secara tepat kerana memerlukan huraian yang panjang, namun Illuminati biasa dikaitkan dengan satu pertubuhan rahsia yang ditubuhkan sejak tahun 1776 bertujuan mengatur pelbagai peristiwa dunia bagi mewujudkan satu ‘dunia baru’.
Dikatakan, salah satu yang melemahkan agenda besar ini adalah pengaruh Islam jadi pelbagai langkah dibuat untuk melemahkan penganut agama syumul ini di seluruh dunia termasuk melekakan mereka dengan hiburan.
Sejauh mana kebenarannya tak dapat dipastikan namun pengaruh Illuminati yang menyusup masuk melalui dunia hiburan di seluruh dunia sudah lama dibincangkan.
Apa yang sukar, pengikut pertubuhan sesat ini dikatakan bergerak secara rahsia dan hanya menerusi simbol-simbol tertentu sahaja mereka dapat dikenali.
Justeru kalau pun terlihat simbol yang mencurigakan hingga membuatkan seseorang itu dikaitkan dengan pertubuhan Illuminati atau mana-mana ajaran sekali pun, sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut masih boleh disanggah apatah lagi di zaman sekarang ramai yang melakukan sesuatu secara membuta tuli tanpa memahami maksud sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment