New
Delhi : Seorang wanita yang dikenali sebagai Rajo Verma mendedahkan
bahawa dia mempunyai lima orang suami. Tidak terhenti setakat itu,
kelima-lima lelaki berkenaan mempunyai pertalian adik-beradik kandung.
Suri
rumah berusia 22 tahun itu tinggal di dalam sebuah rumah satu bilik
bersama kelima-lima suaminya. Rajo menjalankan tanggungjawab normal
sebagai isteri di waktu siang dan tidur bersama suami berbeza mengikut
giliran pada sebelah malamnya.
Perkongsian
rumah tangga enam individu itu dikurniakan seorang bayi lelaki namun
menurut Rajo, dia sendiri tidak mengetahui siapakah bapa kepada
zuriatnya.
“Ramai
yang bertanya tetapi pada awal sahaja berasa sedikit pelik, kini
sejujurnya saya tidak mempunyai suami kegemaran,” terang Rajo.
Rajo
berkahwin dengan suami pertamanya Guddu, 21, mengikut istiadat Hindu
yang diatur keluarga mereka. Walaubagaimanapun, adat di kampung
mewajibkan wanita itu turut mengambil adik-beradik Guddu sebagai suami.
“Kami semua melakukan hubungan s3ks dengannya tetapi saya tidak pernah cemburu. Kami sebuah keluarga yang bahagia,” jelas Guddu.
Suami-suami
Rajo yang lain termasuklah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan
terbaru sekali adalah Dinesh yang dikahwini dua tahun lalu ketika pemuda
itu baru sahaja mencecah usia 18 tahun.
Sebagai
suri rumah kepada keluarga yang besar, Rajo memasak, mengemas dan
menjaga anaknya, Jay yang berusia dua tahun ketika semua suaminya
bekerja di Dehradun, utara India.
“Ibu
saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Apabila saya menerima Guddu
sebagai suami, saya tahu bahawa saya harus menerima kesemua
adik-beradiknya sebagai suami,” ujar Rajo.
Tradisi
yang diamalkan Rajo sekeluarga ini dipanggil ‘Poliandri’. Adat purba
ini pada zaman dahulu diamalkan bagi mempertahankan tanah pertanian
keluarga.
“Saya
tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali
beberapa selimut. Tiada perasaan iri hati timbul malah saya mendapat
lebih perhatian dan kasih sayang berbanding kebanyakan isteri lain,”
tambahnya lagi.
0 comments:
Post a Comment