Wanita
dan kecantikan mustahil dapat dipisahkan apatah lagi kepada golongan
artis dan selebriti. Ada sanggup berbelanja besar untuk tampil anggun
dan bergaya.
Sebagai individu yang tergolong dalam kelompok menjadi perhatian ramai,
memang agak jarang melihat artis muncul tanpa mekap, apatah lagi dengan
penampilan wajah asli.
Namun di persada industri hiburan tanah air kini senario sudah berubah
apabila kebanyakan bintang baru terutama yang berwajah ‘Pan-Asia’ tetap
tampil menawan walaupun tanpa secalit mekap.
Bagaimanapun, tidak terkecuali artis yang dilahirkan tanpa ‘darah
campuran’ seperti Erin Malek dan Wawa Zainal yang tetap muncul anggun
walaupun tidak bersolek.
Justeru, ikuti paparan menarik yang berkongsi beberapa amalan penjagaan
kecantikan oleh 10 artis paling jelita masa kini yang berusia di bawah
usia 30 tahun.
Elfira Loy
Sejak kecil Elfira Loy atau nama sebenarnya, Nur Elfira Loy Ahmad Sabri
suka bersolek. Antara amalannya untuk menjaga kecantikan, dia mesti
mencuci muka setiap hari dan menjaga pemakanan hariannya.
“Dalam sebulan saya akan ke sebuah premis kecantikan di Sungei Wang,
Bukit Bintang untuk menjalani proses mencuci muka yang kosnya RM50 saja.
Saya bukan jenis orang yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk
mencantikkan wajah. Cukuplah, sekadar sekali dalam sebulan saja.
Untuk jagaan kulit badan dia mengamalkan petua keluarga turun-temurun
daripada datuknya iaitu menggunakan hampas kelapa untuk mencuci dan
membuang daki pada badan.
“Hampas kelapa sebenarnya berminyak dan senang menanggalkan daki. Saya
juga tidak berminat memutihkan kulit badan. Bagi saya, cukuplah kulit
sekadar nampak lembap setiap masa,” katanya.
Izara Aishah
Izara Aishah Hisham pula hanya mencuci muka dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas bangun tidur.
Akuinya, sikap tidak selalu bermekap dan dia selesa berada di tempat awam tanpa solekan.
“Saya bersyukur tidak mempunyai masalah kulit muka. Namun saya tak boleh
makan kacang kerana cepat naik jerawat dan saya juga tak jaga makan.
Saya makan apa saja yang dihidangkan,” katanya.
Berdarah kacukan Melayu dan Pakistan di sebelah ibunya, Izara yang
dikenali ramai menerusi drama seperti Vanila Coklat, Keranamu Laila dan
Naziha itu adalah pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010.
Anzalna Nasir
Berperwatakan lembut, pelakon meningkat naik Nur Anzalna Md Nasir ini
juga memiliki wajah yang menawan. Apatah lagi, jika dia tampil
menggayakan gaun labuh dan pendek.
Anzalna yang bakatnya dicungkil menerusi pencarian Dewi Remaja 2010/2011
itu, turut dikenali ramai menerusi lakonan berkesannya dalam drama Adam
dan Hawa bersama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.
Nur Fathia
Rahsia penjagaan kulit pelakon utama drama Diandra, Nur Fathia Abdul
Latiff pula dia mengamalkan pengambilan makanan tambahan dikenali
sebagai ‘Kekcolly’ yang juga produk kesihatan dari Korea Selatan.
Fathia pernah mengalami masalah kulit kusam apabila tidak bermekap dulu dan kini dia sudah menemui jalan penyelesaian.
“Saya bukanlah orang yang taksub pada produk makanan kesihatan. Namun,
saya tertarik untuk mencuba produk dari Korea itu kerana dihasilkan
daripada bahan semula jadi yang selamat.
“Saya selidik dulu penghasilan produk itu sebelum membuat keputusan
mencuba. Nampaknya, percubaan saya berbaloi kerana produk itu sesuai
dengan saya. Selain itu, saya juga pastikan dapat tidur yang cukup.
“Selain itu, saya amalkan penggunaan produk pelindung sinaran matahari
setiap kali keluar rumah dan ketika berada di lokasi penggambaran serta
membasuh muka setiap hari,” katanya.
Ujarnya, masalah kulit mudah berlaku apabila sering terdedah dengan
sinaran matahari yang terik. Ia sama sekali boleh merosak kulit dan
cepat nampak tua. Fathia yang berdarah kacukan Melayu dan Arab lebih
selesa memilih produk dihasilkan dari Jepun dan Korea kerana mereka
menggunakan teknologi terkini dan bahan organik.
Neelofa
Berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Arab, tak dinafikan Neelofa juga
amat jelita. Justeru, tidak hairan apabila pemilik nama sebenar Noor
Neelofa Mohd Noor ini berjaya menjadi juara Dewi Remaja 2010/2011.
Memiliki bakat besar dalam bidang seni, Neelofa yang pernah membintangi
filem Azura 2012 dan Hantu Kapcai itu, kini lebih aktif mengacara
program TV seperti Nona dan Meletop.
Kilafairy
Memiliki bibir paling seksi dan menawan, pelakon dan penyanyi, Kilafairy
juga tidak mengenakan solekan di wajahnya. Bahkan, gadis manis ini
bijak dalam penampilan.
Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan yang juga
anak bongsu kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil berjaya membina
namanya sendiri tanpa terus dibayangi kehebatan ibunya.
Emma Maembong
Pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail atau mesra dengan sapaan
Emma Maembong ini juga berada dalam kelompok artis yang tetap kelihatan
jelita walaupun tanpa mekap.
Berdarah kacukan Melayu dan Scotland daripada ibunya, Emma juga dilihat
sering tampil dengan solekan nipis ketika menghadiri majlis hiburan.
Bukan sekadar pelakon, Emma yang turut aktif sebagai model iklan ini
pernah membintangi drama seperti Kau Yang Terindah, Cinta Itu Milikku
dan Kampung Girl. Emma juga pernah menjadi finalis Artis Baru Wanita
Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).
Tasha Shilla
Kehebatan Tasha Shila atau nama sebenarnya, Natashasheila Abd Razak
dalam lakonan sudahpun dibuktikan oleh artis yang memiliki mata paling
cantik ini.
Pernah membintangi filem Ratu The Movie, drama seperti Epilog Cinta
Khirana dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Tasha sudah merangkul anugerah
Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011 dan Anugerah Heroin Baru Terhebat
di Anugerah Blockbuster 2012.
Nelydia Senrose
Kematangan wajah pelakon remaja Nelydia Senrose tak boleh dinafikan.
Apatah lagi, Nelydia juga kini menjalin hubungan cinta dengan lelaki
matang, Qi Razali, 35.
Masih lagi melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi, pemilik nama
sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen ini yang berdarah campuran
Melayu dan Siam cukup dikenali peminat menerusi drama Setia Hujung Nyawa
dan terkini, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadaptasi daripada novel.
Wawa Zainal
Berstatus isteri menghalang pelakon Wawa Zainal untuk memastikan kulit wajahnya yang jelita sentiasa terpelihara.
Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengamalkan minum
banyak air suam serta mengelak daripada makan kacang kerana mudah tumbuh
jerawat.
“Saya jaga kulit muka biasa-biasa saja. Saya juga pakai ‘mask’ (topeng muka) setiap dua minggu sekali,” katanya.
Menurut anak jati Sabah yang pernah muncul dalam filem 99 Kali Rindu dan
Budak Pailang itu, dia juga tak lupa membasuh mukanya dua kali dalam
sehari.
0 comments:
Post a Comment