Wednesday 22 March 2017

Filled Under:

'Orang barat kahwin jemput tak sampai 100 orang, orang Malaysia LAGI POWER'


Orang Melayu ini, kadang-kadang bangsa yang pelik. Sanggup bergolok bergadai berhutang menjemput 1,000 tetamu ke majlis perkahwinan. Padahal cuma mampu untuk menjemput tetamu tak sampai 300 orang.

Kalau mampu jemput 300 orang, jemputlah 300. Sunnah buat jamuan (ada ulama mengatakan wajib) tetapi mengikut kemampuan. Wajib menghebahkan perkahwinan tersebut.

Namun di zaman media sosial ini, hebahan melalui Facebook, Twitter atau Instagram sudah lebih dari cukup.

Objektif utama majlis perkahwinan ialah ijabkabul. Bukannya beri orang makan. Setakat nak pahala beri orang makan, belanja saya Lauktwoyou Resources delivery untuk seminggu pun boleh dapat pahala.

Kegunaan media sosial bukan sekadar bergosip, muat naik gambar makanan, selfie, tengok porno atau kongsi video kucing.

Buat majlis kahwin bagai nak rak, kononnya tak mahu makcik pakcik paklang maksu mekyah meknab kecil hati. Kemudian selepas kahwin, pengantin jilat dinding. Malah minggu ini ramai lelaki single mencemuh bila saya kata kalau kedua-duanya sudah bekerja, girlfriend harus tinggalkan boyfriend selepas tiga tahu mereka belum dinikahkan secara sah.

"Mana cukup nak kumpul duit dalam tempoh tiga tahun saja? Kena sara mak ayah, bayar hutang PTPTN, belanja sekolah adik beradik, hantar parents pergi haji bla.. bla.. bla.."

Tetapi dalam tempoh tiga tahun itu sanggup pula usung anak dara orang dating peluk cium pegang tangan sana sini. Jaga ikhtilat la sangat.

Tuan Norizan bin Sharif atau Nobisha adalah Pengarah Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang telah menikahkan dua orang anaknya dengan bajet sederhana.

Saya memandang tinggi pada Tuan Nobisha kerana ilmu dan pengalamannya membantu ribuan usahawan kecil membangunkan bisnes sehingga berjaya. Kalau nak minta tips bagaimana merancang bajet dan belanja perkahwinan, mintalah dari beliau. Jangan jadi bodoh sombong (2017).




0 comments:

Post a Comment