Namun, Mawar berharap doa peminatnya mampu untuk memberikan beliau hidayah dan sekaligus membuka pintu hatinya untuk berhijab satu hari nanti.
Saya gembira watak bertudung dan saya selesa dengan watak itu. Dengan bertudung saya mudah menjiwai watak, bersopan dan kelihatan manis. Itu keistimewaan dalam drama ini, tiada babak bersentuhan. Dengan tiada babak bersentuhan, orang tengok pun sejuk hati saja.
Setiap wanita mesti ada keinginan untuk bertudung, cuma masa tidak tahu bila. Saya berharap hati saya terbuka dan ada yang mendoakan Mawar untuk berhijab, jadi wanita menutup aurat. Buat masa ini saya gembira dengan diri saya. Saya cuma mengikut rentak dan gerak hati sendiri.
Hidayah datang dalam pelbagai cara, janganlah kita mengkritik Mawar tetapi sebaliknya terus mendoakan yang terbaik buat beliau. InshaAllah, akan tiba masanya Mawar untuk menutup aurat sepenuhnya dari kerelaan hatinya sendiri.
0 comments:
Post a Comment