Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan dan tohmahan orang ramai menerusi laman-laman sosial yang kurang senang dengan iklan produk Pamoga dan Qu Puteh kerana dianggap berlebih-lebihan.
Kritikan terhadapnya turut diluahkan oleh Datuk Chef Wan dalam Instagram apabila beliau menceritakan terpaksa beralih ke ruang tamu sebaik sahaja iklan Qu Puteh disiarkan semasa menonton pertandingan itu. Chef Wan turut memuat naik gambarnya memakai bedak putih sambil menikmati mi segera dengan kapsyen mengkritik iklan berkenaan.
Ditanya apakah reaksinya selepas dicemuh masyarakat Dr Vida memberitahu terkejut dengan sindiran-sindiran yang dilemparkan namun beliau menerima dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun beliau enggan membaca komen-komen negatif itu kerana tidak mahu tohmahan berkenaan mengganggu fikirannya.
Mengenai kritikan Chef Wan terhadapnya pula Dr Vida berkata, chef selebriti tersebut seharusnya tidak berbuat demikian kerana beliau pernah berkunjung ke rumah Chef Wan semasa menjadi pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kira-kira 15 tahun lalu. Katanya, Chef Wan pernah bekerjasama dengannya dalam memberi bantuan untuk tabung yang dianjurkan oleh pihak universiti.
“Mungkin dia sudah terlupa dengan saya. Dia adalah mentor saya dan kami pernah bekerjasama. Terpulanglah jika dia nak kritik saya sekali pun, itu hak dia,” katanya yang berhasrat untuk bertemu dengan Chef Wan.
Sumber
0 comments:
Post a Comment