Thursday, 12 November 2015

Filled Under:

WOW! Wanita Comel Mualaf Korea Jadi Sensasi Seluruh Dunia Kerana Pemakaiannya Sangat Menjaga Auratnya

Oh Dunia......Negara yang penuh dengan kegilaan fesyen K-pop, S3ksi, tetapi masih wujudnya seorang gadis comel yang tidak minat langsung dengan dunia sebegitu.

SEOUL – Seorang gadis jelita Korea Selatan baru-baru ini mencetuskan sensasi dalam kalangan netizen dari serata dunia, bukan kerana dia anggota band remaja K-pop, tetapi penampilan dirinya yang lengkap santun berhijab.

 

Wanita bernama Ayana Moon ini menetap di Seoul dan menyatakan dirinya sebagai mualaf di negara ‘kimchi ginseng’ tersebut. Uniknya waima Muslim, gadis ini menjadi selebriti selepas memuat naik foto-fotonya menerusi Instagram.

Ketika ini akaun laman sosial milik rasmi Ayana itu telah diikuti oleh lebih 29,000 orang dari seluruh dunia, bahkan menurut pelbagai akhbar tempatan, sudah ada beberapa akaun lain yang dibuat khusus untuk peminat Ayana sendiri.

Berdasarkan keterangan menerusi akaun Instagram Ayana, gadis comel ini yang lahir pada 28 Disember 1995 dan adalah satu-satunya Muslim dalam kalangan keluarganya. Ayana memeluk Islam sejak belajar di sebuah sekolah menengah.

Ayana mengakui dia asalnya tidak selalu mengenakan tudung. Ini kerana budaya Korea sendiri memang tidak terlalu ‘akrab’ dengan konsep keagamaan dan cukup menyukarkan bagi Muslim yang ingin mengenakan kostum berbaur agama.



Namun dia mengakui dirinya cuma remaja Muslim biasa, bahkan masih peminat TVXQ, band remaja lelaki terkenal Korea Selatan. Tampaknya gadis ini sebenarnya terkejut apabila dirinya tiba-tiba mendadak jadi selebriti Instagram.

Gadis berusia 20 tahun ini juga tidak terlalu suka diperlakukan seperti seorang idola, waima dia tetap berusaha untuk membalas semua komentar yang ditujukan kepadanya dari ribuan peminatnya di serata dunia termasuk Malaysia.

“Saya berasa gembira dapat berkenalan dengan kalian, teman-temanku. Anda mungkin bukan peminatku tetapi kalian masih adalah temanku. Okay?” tulis Ayana kepada para pengikut yang cuba mengaku konon sebagai peminatnya.



Meskipun berasa rendah hati, Ayana cukup ‘garang’ menghadapi para pembenci yang mencela tahap keimanannya. Malah dia tidak segan membalas komentar pedas mereka yang menghina pilihan dirinya untuk berhijab.

Bercakap mengenai masa depan, gadis berkulit cerah ini berniat untuk ‘mendalami’ ajaran Islam dengan menyambung pengajian di Malaysia. Namun hasrat itu masih belum lagi dapat dipastikan.








0 comments:

Post a Comment