Saturday 7 November 2015

Filled Under:

[PILU] Maut ditikam peragut demi menyelamatkan RM200 dan telefon bimbit, Peragut Berhati Syaitan...!!!

 

Johor Bharu :  Seorang suri rumah maut akibat cedera parah ditikam di bahagian belakang badan semasa cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut dua lelaki bermotosikal di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.45 malam ketika mangsa, Du Wei Qing, 44, warga China sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas makan malam di gerai berhampiran.

“Mangsa berjalan seorang diri, dipercayai setelah keluar makan sebelum beg tangannya cuba diragut dua individu menaiki motosikal.

“Mangsa cuba melawan dengan menarik beg tangannya sebelum pembonceng motosikal tersebut menikam bahagian belakang badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang telah berkahwin dengan seorang lelaki tempatan sejak tiga tahun lalu mengalami pendarahan teruk dan disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.



Katanya, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk bedah siasat.

“Dua suspek berkenaan mela­rikan beg tangan mangsa yang dipercayai mengandungi wang tunai berjumlah RM200 dan sebuah telefon bimbit. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. -UTUSAN






0 comments:

Post a Comment