Wednesday, 11 November 2015

Filled Under:

Gaji RM 5,000 Tapi Pemuda Ini Dapat Pakai Kereta Porsche. Rahsianya?

Kisah Lelaki ini berjaya pada umur muda menjadi perhatian netizen, siapa sangkat pada umur begini lelaki ini sudah mampu memiliki banyak kereta idaman, ikuti kisahnya

 

Siapa sangka seorang pemuda yang masih belum menjangkau usia 35 tahun sudah mampu memakai sebuah kereta mewah Porsche. Kisah kejayaan ini di ceritakan oleh seorang hamba Allah melalui akaun facebook beliau.

Pada suatu hari hamba Allah itu melihat pemuda yang memandu kereta Porsche itu dan berhenti di hadapannya. Terkejut dan rasa ingin tahu, hamba Allah itu bertanyakan kepada pemuda terbabit. Apakah rahsia beliau sehingga dapat memakai kereta Porsche tersebut? Adakah beliau anak orang kaya, seorang jutawan atau pun bekerja sebagai seorang jurureta di syarikat mewah luar negara?
Ikuti perbualan hamba Allah itu dengan pemuda tersebut:



“Maaf abg, sy tgk gaya abg mcm mewah je, abg kerja apa?”
Sambil menghabiskan tapai dalam mulut, beliau pun bercerita mengenai kisahnya…

“Abg fulltime buat bisnes. Buat masa ini abg ada 12 company”
“Ooo.. Patut la nampak kaya, ada 12 company!” Spontan jawab aku sebab teruja dgr ada 12 company.

“Habis agak2 berapa gaji abg skg?”

Tanya aku lagi. Walaupun nampak x sopan sebab org datang beraya tapi aku sibuk tanya gaji dia..
Hahaha

“Sikit je.. Dlm 5 ribu macam tu la” jawab beliau dgn slumber.
Aku x percaya. Dengan gaji 5 ribu boleh pakai porsche siap pakaian berjenama lagi. Tu tak tanya lagi rumah dia kat mana. Berapa tingkat…

Dia nampak aku macam konfius, mungkin dia boleh baca fikiran aku yg musykil terhadap jawapan yg dia berikan.


“Semua yg abg ada sekarang syarikat yg bagi. Abg x ambil gaji banyak sebab nanti kita kena bayar cukai bagi setiap perbelanjaan kita” jawab beliau sambil menaikkan kening belah kanan. Bajet nak buat cool la tu.

“Cukai setiap perbelanjaan? Mcm mana tu abg?” Aku tanya lagi.
Beliau minta pen dan kertas. Dan tunjukkan gambar rajah yg aku pun x faham pada mulanya.

“Ok, ini gaji kita rm15k. Kita akan dikenakan cukai 25% sebelum kita berbelanja. Duit ini kita bagi kat emak, kita baiki kereta, kita buat makan minum… Semuanya dikenakan cukai. Drp 15k, kita dpt hanya 11k sahaja. ” terang beliau sambil tangan menconteng-conteng atas kerja.

Aku blurrr… Apa kaitan cukai, gaji dan syarikat pula?
“Cukai syarikat pula berbeza. Ia dikira SELEPAS perbelanjaan. Kalau ada untung baru dikenakan cukai. Jadi perbelanjaan seharian kita, biarlah syarikat bayar. Sebab ia x dikenakan cukai” jelas beliau dengan panjang lebar.

Baru aku faham. Sikit2 la.

“Habis macam mana abg boleh buat sampai 12 syarikat?” Tanya aku dgn ghairahnya.. huhu

“Abg bermula dgn 1 syarikat shj. Kita guna konsep money makes money. Lebihan duit dari syarikat itu abg buat syarikat baru. Invest duit dlm syarikat baru. Duit laburan dari syarikat tak dikenakan cukai tapi sebaliknya jika kita guna duit simpanan rugilah sebab kena tax. Lagipun abg x ada duit simpanan, sebab gaji kecil sahaja” jelas beliau dalam nada yg sgt berhemah.

Jadi aku faham. Sangat faham. Dengan erti kata lain, beliau gunakan syarikat2 yg ada untuk menampung kehidupan mewahnya tanpa beliau dikenakan cukai yg banyak.

Jadi, untuk kesimpulannya di sini, hamba Allah itu berkongsi nota untuk panduan kita semua. Jika mahu kaya pertama usahakan untuk ada bisnes sendiri.




1- Pertama, jika syarikat kita itu punya keuntungan, laburkan ia ke dalam syarikat kedua

2-Kedua, gaji kita cukup sekadar keperluan kita untuk mengelakkan cukai pendapatan peribadi, lebih baik perbelanjaan itu di tanggung oleh syarikat.




0 comments:

Post a Comment