GAMBAR sebuah kereta Proton Wira yang ‘terbang’ lalu tersangkut pada tiang rumah dalam satu kejadian kemalangan di Kedah baru-baru ini menjadi viral di media sosial.
Bagaimanapun mangsa, Mohd Khairul Zaini Abd Rahman, 24, yang memandu kereta terbabit hanya mengalami cedera ringan di kepala setelah keretanya hilang kawalan dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu.
Kejadian berlaku sewaktu dia dalam perjalanan dari rumahnya ke arah Pekan Baling.
Dikatakan dia tertekan pedal minyak sebaik menghampiri kawasan selekoh menyebabkan kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbalas
“Apabila sampai di kawasan selekoh, saya mahu menekan brek tetapi tertekan pedal minyak menyebabkan kereta hilang kawalan lalu terbabas.
“Saya jadi panik dan tidak sedar kereta tersangkut. Apabila membuka pintu kereta barulah saya sedar tidak boleh turun kerana tergantung,” katanya memetik laporan myMetro.
Dia akui bersyukur kerana terselamat walaupun keretanya tersangkut di atas tiang pagar setinggi dua meter dalam kejadian terbabit.
0 comments:
Post a Comment