Beberapa bulan yang lepas, kami ada kongsikan mengenai kisah seorang ibu
muda yang bayinya ‘dirampas’ oleh suami dan keluarga mertua di mana hak
penjagaannya sebagai seorang ibu diabaikan.
Hampir 2 bulan berlalu, ibu ini telah berjaya mendapatkan hak jagaan
sementara terhadap bayinya yang bernama Muhammad Raqib Rayyan itu.
Namun, keputusan yang diterima tidak lah menggembirakan wanita ini
kerana….
Dh dpt hak jagaan sementara tapi masih berdegil taknak bg. Hmm. 57
hari dipisahkan. Smlm cuma dpt tgk dari jauh shj. Apa hak sy sbg seorang
ibu? Nk pegang pun tak boleh. Lagi dimaki dihina. Mereka mengeluarkan
statement bhw bukan sy yg lahirkan Raqib Rayyan. Astaghfirullah.
Sabarlah wahai hati yg luka
Menerusi status yang di muat naik oleh Mish Lieya semalam, dia masih
tidak berpeluang untuk bertemu dengan anaknya. Apa yang lebih
menyedihkan lagi, si ibu amat merasa pilu apabila bayinya selama ini
dipaksa meminum susu formula sepanjang bayi itu bersama keluarga
mertuanya.
Berlinang air mata anakku sbb kena paksa minum susu botol. Ya Allah,
walaupun dia tak menangis masa bg susu aku tahu dia terseksa. Mummy akn
berjuang sehabis mungkin Raqib. Naluri seorang ibu dpt rasa apa anak dia
rasa. Hmm
Sepanjang proses untuk mendapatkan hak penjagaannya, tersentuh hati kami bila membaca luahan rindu ibu ini terhadap bayinya itu.
Sangat merindui anakku. Allah saja yg tahu. Aku redha. Cepat atau
lmbt aku tetap dpt anakku kembali. Dgn izin Allah. Aaminn. Senyuman
seorang ibu bersama anaknya yg tidak ternilai bagiku. Semoga kau sihat
dan tabah anakku. Mummy akn selalu ingt kt anak mummy.
Kami doakan agar semoga si ibu ini dapat juga bertemu dengan anaknya dan dipermudahkan dalam segala urusan. Amin.
Sumber : Facebook Mish Lieya VIA OH BULAN
0 comments:
Post a Comment