Gambar 4 orang pelajar UNIMAP, di antaranya Cina dan India sedang
melindungi 3 rakan mereka bersolat berjemaah dari terkena hujan tersebar
di laman sosial.
Gambar yang dimuat naik oleh Shehdi Ragiun itu menarik perhatian netizen
dan rata-ratanya kagum dan menganggap itulah sikap 1Malaysia yang
sebenarnya.
"Kat UNIMAP. Dalam satu camping, budak Melayu sedang solat. Hujan turun, budak Cina dan India tolong payungkan," katanya.
Gambar itu mencetus perbualan hangat di kalangan netizen.
"Walaupun hanyalah 'kem', kenapa tidak kita doakan agar semua ini
berkekalan dengan kekalnya semangat perpaduan? Come'on Malaysian, inilah
masa untuk tumbuhnya pokok generasi baru," kata Rasyid Razak.
"Kadang-kadang kaum lain, Cina, India, Melayu, kalau dah bergaul, tak
ada masalah pun. Hidup harmoni je dan tidak timbul pun isu perkauman
ini. Tetapi bila ada sesetengah yang memang membangkitkan kemarahan
sesetengah kaum lain, dicampur dengan media yang ada sekarang ini,
jadilah tersebar meluas. Jangan kerana hanya sikap seorang individu,
kita samakan semua bangsanya. Apa pun syabas kerana mampu menghormati
satu sama lain walaupun berbeza bangsa dan agama," kata Alif Amran
Aminuddin.
Amalan hidup seperti inilah yang kita mahukan dan amalkan lebih-lebih
lagi dikalangan generasi muda. Jangan hanya disebabkan beberapa kes
terpencil menjadikan kita pertimbangan sehingga melabelkan satu bangsa
berperangai sama sedangkan masih ada lagi yang baik dan bertimbang rasa
malah menghormati bangsa dan agama yang lain
0 comments:
Post a Comment