Pelakon yang juga isteri pengarah filem Syamsul Yusof, Puteri Sarah
Liyana Megat Kamaruddin atau Sarah menepis dakwaan rumah tangga mereka
bermasalah hanya kerana dia sudah lama tidak dilihat bersama suami.
Sambil mengakui terkejut dengan khabar angin itu, Sarah, 29, menegaskan
dia dan Syamsul sangat bahagia menikmati alam rumah tangga yang dibina
lebih setahun lalu.
"Mana dengar cerita ini. Rumah tangga kami bahagia saja, ..kami sangat mencintai antara satu sama lain.
"Mungkin disebabkan kami jarang menghadiri mana-mana majlis berdua
menyebabkan ramai yang menyangka rumah tangga kami bergolak," terang
Sarah ketika ditemui pada majlis pelancaran Butik Shara miliknya di
Bangsar, di sini, hari ini.
Mengikut pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie ini, walaupun sibuk dengan
kerjaya masing-masing, mereka masih punya masa untuk bersama.
"Butik ini adalah lambang kebahagiaan kami kerana kami menguruskannya
bersama. Jika sebelum ini suami banyak menghabiskan masa di studio, kini
dia sentiasa di depan mata kerana Syamsul membuat proses suntingan
filem terbaharunya di rumah," katanya.
Dengan penjelasan itu, Sarah berharap tiada lagi cerita mengarut
mengenai rumah tangganya disensasikan. Pasangan itu berkahwin pada Mac
tahun lalu dan belum dikurniakan cahaya mata.
Baca lanjut dari sumber sini: BH
0 comments:
Post a Comment