Selepas lebih dua bulan memutuskan hubungan cinta, seorang gadis
beruusia 25 tahun kini menjadi mangsa dendam bekas teman lelakinya itu
apabila gambar-gambarnya dalam keadaan aib kini disebarkan di laman
sosial.
Tambah malang lagi, ibarat jatuh ditimpa tangga, walau laporan polis
sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis memaklumkan kepada
beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang dari keluarga yang
berpengaruh, jesteru seolah sukar diambil tindakan.
Mangsa, Nur Farhana Isa, 25, memberitahu dia dimaklumkan oleh seorang
rakan bahawa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Irfan
memuat naik gambar-gambar dia sedang tidur di ruang tamu ke laman sosial
Facebook pada 2 February lalu.
Sehari kemudian gambar bogelnya pula turut diviralkan menerusi aplikasi
permesejan WeChat dengan menggunakan nombor milik Farhan sendiri. Kata
Farhana, akibat perbuatan lelaki itu, dia dan keluarganya kini
menanggung malu.
Saya tidak yahu di mana nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.
"Meskipun gambar yang dimuat naik di laman sosial itu hanya saya sedang
bertuala tetapi di sudah cukup untuk memalukan," kata Nur Farhana Isa.
Fathiah turut mendakwa, sepanjang perkenalan dengan Irfan dia mendapati
lelaki itu turut terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta beberapa kes
jenayah lain di Johor Bahru.\
Roozana berkata, dia tidak menyangka teman lelaki anaknya itu sungguh
melakukan perkara terkutuk yang menjatuhkan maruah keluarganya.
0 comments:
Post a Comment