Sunday, 9 August 2015

Filled Under:

[MESTI TENGOK] Gambar kanggaru peluk anak patung jadi perhatian ramai

Gillian Abbott



Gambar seekor anak kanggaru yatim yang sedang memeluk sebuah anak patung beruang berjaya menarik perhatian dan menyentuh perasaan dalam kalangan pengguna media sosial di Australia. Gambar mengharukan itu yang menunjukkan haiwan juga memerlukan kasih sayang dimuat naik oleh penasihat media kepada Senator Peter Whish Wilson, Tim Beshara menerusi akaun Twitter beliau, baru-baru ini.

Kanggaru kelabu timur diberi nama Doodlebug itu kini dipelihara oleh Gillian Abbott, ibu kepada Beshara yang tinggal di daerah Northern Rivers di New South Wales. Beshara memberitahu akhbar Daily Mail yang kemudian dipetik portal Independet.ie, haiwan itu mungkin terjatuh daripada kantung ibunya atau ibunya telah mati. “Doodlebug baru berusia beberapa bulan apabila haiwan itu diserahkan kepada syarikat hidupan liar milik ibu saya, WIRES,’’ katanya.

Beshara berkata, sejak detik itu, ibunya memelihara Doodlebug sehingga kesihatannya kembali pulih dan kini haiwan tersebut bergerak bebas berhampiran hutan dan hanya kembali ke rumah wanita berkenaan sekali sekala untuk makan atau dipeluk. Menurut pemerhatian Beshara, haiwan dilihat bertindak balas terhadap permainan dalam cara yang saya dilakukan kanak-kanak. “Mereka menganggap anak patung sebagai seorang rakan,’’ tambah Beshara. -AP




0 comments:

Post a Comment