Sunday 16 August 2015

Filled Under:

[MESTI BACA] Potong Rambut Percuma Jika Pelanggan Bacakan Buku Cerita


 
 
KEDAI perkhidmatan memotong rambut, Barber Courtney Holmes di Dubuque, Iowa, Amerika Syarikat menawarkan potongan rambut secara percuma buat pelanggannya sekiranya mereka membacakan buku cerita kepada si tukang potong rambut ketika mereka sedang bekerja.

Pertukaran secara sistem barter itu hanya diberikan kepada pelanggan kanak-kanak sebagai usaha pemilik untuk menanamkan minat dan sikap rajin membaca di kalangan pelanggan sasarannya itu.

Menurut Courtney Holmes, “Saya nak menyumbang sesuatu untuk pembelajaran kanak-kanak ini, saya lebih suka melihat mereka memegang buku membaca daripada duduk berjam-jam di hadapan komputer.”

Promosi yang ditawarkan kedai rambutnya itu ternyata mendapat sambutan daripada kanak-kanak dan ibu bapa yang turut menyokong kempen yang dilancarkan Courtney itu. – MYNEWSHUB.CC 
 
 




0 comments:

Post a Comment