Saturday, 8 August 2015

Filled Under:

[MESTI BACA ] BAYI 8 BULAN MENINGGAL, PENDARAHAN DI KEPALA




KUANTAN - Seorang bayi lelaki berusia 8 bulan meninggal dunia akibat pendarahan di kepala kerana kecuaian daripada pengasuhnya, malam tadi.


Mangsa, Mohamad Haziq Izzudin Mohd Safari, meninggal dunia pada jam 11.50 malam tadi setelah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada petang semalam.


Difahamkan, ibu mangsa mendapat panggilan telefon dari pengasuhnya pada jam 10.30 pagi Rabu memaklumkan bahawa anaknya tersedak susu.


Namun, setiba di rumah pengasuh, wanita itu mendapati bayinya dalam keadaan yang lemah dan muntah darah serta terdapat kesan benjol di belakang kepalanya.


Melihat keadaan anaknya itu, wanita terbabit segera membawa anaknya ke hospital swasta sebelum dipindahkan ke HTAA berikutan keadaan bertambah kritikal.


Malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 11.50 malam tadi. -




0 comments:

Post a Comment