Beliau berkata, dengan bilangan syarikat yang berdaftar kini dilaporkan meningkat daripada 140,000 kepada 317,000, Putrajaya akan mempunyai tambahan pendapatan sebanyak RM1 bilion.
"Kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM13 bilion, kutipan GST RM23 bilion, namun daripada 140,000 syarikat apabila ia meningkat kepada 317,000 maka pendapatan kerajaan bertambah lagi, kutipan RM1 bilion," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program penerangan cukai GST bersama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) di bangunan Siti Hasmah di Petaling Jaya, hari ini.
Katanya, dengan tambahan pendapatan RM1 bilion susulan peningkatan
bilangan syarikat yang berdaftar, kerajaan kini dijangka meraih kutipan
sebanyak RM24 bilion. – 23 Februari, 2015.
0 comments:
Post a Comment