ALGERIA – Wahai kaum lelaki, kami keberatan untuk memaklumkan kepada anda bahawa wanita selalunya berbeza apabila tidak memakai solekan.
Namun seorang pengantin lelaki nampaknya tidak menyedari mengenai `rahsia’ berkenaan menyebabkan dia menyaman isterinya selepas melihat wanita itu tanpa solekan buat pertama kalinya.
Lelaki itu dilaporkan terkejut apabila bangun dari tidur selepas majlis perkahwinan mereka.
Malah dia menyangka wanita yang baring di sebelahnya bukan isterinya sebaliknya adalah pencuri, sebelum akhirnya menerima hakikat bahawa wanita itu adalah pengantin wanita yang dikahwininya sebelum itu.
Lelaki tersebut menyaman isterinya dengan alasan menipu dan psikologi yang terjejas. Lelaki itu menuntut lebih RM30,000.
“Dia nampak amat cantik dan menarik sebelum berkahwin namun apabila saya bangun pada waktu pagi, saya mendapati dia telah mencuci wajahnya. Saya amat takut melihatnya hinggakan saya menyangka pencuri memecah masuk ke rumah kami,’’ katanya.
– MYNEWSHUB.CC

0 comments:
Post a Comment