Friday, 18 December 2015

Tuu Diaaaa!!!! Dato Vida DEDAHKAN CERITA yang Beliau Pernah Berkunjung Ke Rumah Chef Wan 15 Tahun Lalu Dan Ini Respon Dr Vida Terhadap Kritikan Daripada Chef Wan..

engasas produk kecantikan Qu Puteh Datuk Vida mempersoalkan sikap segelintir pihak yang menyelarnya gara-gara terlibat sebagai penaja dalam Anugerah Juara Lagu. Pada Beliau berkata, sebagai penaja yang melaburkan wang RM3 juta untuk rancangan tersebut, beliau mempunyai hak untuk mempromosikan produk berkenaan selepas mencapai persetujuan dengan pihak TV3.

 

respon-dato-vida-terhadap-sindiran-chef-wan“Sebagai seorang ahli perniagaan sudah tentu saya mahu produk saya menonjol. Apa guna kalau saya laburkan wang berjuta-juta tetapi hasilnya tiada. Sebab itulah saya mahu produk saya dipromosikan dengan cara saya dalam anugerah berprestij itu. Kalau tak dapat apa-apa impak, tak ada maknalah iklankan produk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan dan tohmahan orang ramai menerusi laman-laman sosial yang kurang senang dengan iklan produk Pamoga dan Qu Puteh kerana dianggap berlebih-lebihan.

Kritikan terhadapnya turut diluahkan oleh Datuk Chef Wan dalam Instagram apabila beliau menceritakan terpaksa beralih ke ruang tamu sebaik sahaja iklan Qu Puteh disiarkan semasa menonton pertandingan itu. Chef Wan turut memuat naik gambarnya memakai bedak putih sambil menikmati mi segera dengan kapsyen mengkritik iklan berkenaan.

Ditanya apakah reaksinya selepas dicemuh masyarakat Dr Vida memberitahu terkejut dengan sindiran-sindiran yang dilemparkan namun beliau menerima dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun beliau enggan membaca komen-komen negatif itu kerana tidak mahu tohmahan berkenaan mengganggu fikirannya.

Mengenai kritikan Chef Wan terhadapnya pula Dr Vida berkata, chef selebriti tersebut seharusnya tidak berbuat demikian kerana beliau pernah berkunjung ke rumah Chef Wan semasa menjadi pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kira-kira 15 tahun lalu. Katanya, Chef Wan pernah bekerjasama dengannya dalam memberi bantuan untuk tabung yang dianjurkan oleh pihak universiti.

“Mungkin dia sudah terlupa dengan saya. Dia adalah mentor saya dan kami pernah bekerjasama. Terpulanglah jika dia nak kritik saya sekali pun, itu hak dia,” katanya yang berhasrat untuk bertemu dengan Chef Wan.


Sumber



FUHLAMAKKK!!! Status terbaru JEJAI amat MENGEJUTKAN Orang ramai..siapa sangka boleh jadi macam ni...huh

 

Mengejutkan apabila status ig Jejai dan Fasha Sanda bertukar ke private!!!





Thursday, 17 December 2015

RM41.60 sudah cukup tampung belanja keluarga Miskin untuk sebulan – Najib Razak

 

Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan kepada para hadirin, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diberikan adalah cukup untuk ‘makanan’ satu tahun.

Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

Menurut Perdana Menteri, dengan duit RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.

“Bantuan Rakyat 1 Malaysia…RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita (kerajaan) telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo (kilogram), minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.

“Maknanya, kalau kita (rakyat) hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan (satu tahun) yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan (BN),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, hari ini, Sabtu 23 Februari.

Bahkan, katanya bantuan BR1M 2.0 juga adalah lebih baik dari BR1M 1.0 kerana turut diagihkan kepada orang bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2,000 ke bawah.
Beliau turut mengambil terjemahan al-Quran yang menyebut tentang pendustaan terhadap agama, menghina anak yatim serta tidak memberi makan orang miskin.

“Tahukah kamu tahu orang yang mendustakan agama, orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan, memberi makan orang miskin”.

Ini firman Allah dalam al-Quran. Maknanya, kalau kita tidak tolong orang miskin dosa besar. Kalau kita sebagai sebuah kerajaan tidak bantu rakyat dosa besar.

“Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya, ‘Kalau kita bantu orang-orang miskin seumpama fisabilillah, seumpama kita solat malam tidak henti-henti dan berpuasa secara berterusan’. Itu Rasulullah kata. Maknanya, apa?…maknanya BR1M lah.

“Saya hendak beritahu tuan-tuan, BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 diagih kepada 4.3 juta isi keluarga dapat faedah seluruh negara.

“BR1M 2.0 lebih baik dari BR1M 1.0 sebab kita tambah orang bujang. Orang bujang umur 21 tahun ke atas, pendapatan RM2,000 ke bawah dapat juga separuh BR1M iaitu RM250,” jelasnya dihadapan 5,000 hadirin.



Tuesday, 15 December 2015

Perghhh!! 'Saya ada anak, jika mahukan saya, dia perlulah menerima anak saya juga...' - Siti Nordiana...

iarpun sudah lima tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Siti Nordiana merasakan kehidupannya kini cukup lengkap di samping keluarga dan anak tunggalnya, Mohamad Rayyan Nakhaie, 6 tahun.

Tidak mahu terburu-buru dalam mencari pengganti, Nana menjelaskan pengalaman lalu telah banyak mengajar dirinya menjadi lebih baik.

 

“Bukan bererti saya selesa menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal tetapi apa yang ditempuhi sudah cukup mematangkan saya.

“Saya tidak pernah menolak jodoh, tetapi pengalaman lalu banyak mendidik saya supaya berhati-hati dalam memilih teman hidup. Buat masa sekarang, saya selesa sendiri dan membesarkan anak bersama bantuan keluarga sahaja,” ujar Nana.

Dalam pada itu, Nana juga menjelaskan, jika ditakdirkan bertemu jodoh, individu itu seharusnya boleh menerima anaknya terlebih dahulu.

“Saya ada anak, jika mahukan saya, dia perlulah menerima anak saya juga,” tambah Nana yang bakal muncul dengan album berkonsepkan nasihat dan motivasi bagi kanak-kanak yang berjudul Dodoi Anak.


Sumber



KECOH LAGI!!! Suami Hanez Suraya Dedah Sikap Sebenar Bekas Isteri..

ETELAH kisah cintanya dengan Hanez Suraya sering dianggap punca perceraian perkahwinan terdahulu dan dia sendiri dikatakan berlaku tidak adil terhadap bekas isterinya Liyana Manan, Romie akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar di sebalik tuduhan yang selalu dilemparkan kepadanya.

 


Romie menjelaskan, sewaktu dia dan bekas isteri berpisah mereka telah menulis satu perjanjian bahawa anak sulung akan berada di bawah jagaannya manakala anak kedua diberikan kepada bekas isterinya. Terdapat juga beberapa perjanjian lain yang yang tidak dipatuhi Liyana.

“Selama ini masyarakat hanya mendengar cerita sebelah pihak. Saya pula memilih untuk tidak bersuara kerana tidak mahu mengaibkan wanita yang pernah memberikan saya zuriat. Saya tidak kisah jika ego saya dicabar dan diperkotak-katikkan oleh Nurliyana. Tetapi apabila membabitkan anak, saya tidak mampu mendiamkan diri.

“Ketika anak kedua di bawah jagaan bekas isteri, saya terkejut apabila diberitahu anak sulung yang adiknya sudah masuk sekolah. Saya tidak mempertikai tindakan Nurliyana itu, tetapi apa perasaan apabila berjumpa anak dalam keadaan tidak terurus dan calar balar?” katanya.

Romie berkata, dia juga terkejut apabila anak keduanya menghidap penyakit tangan, kaki dan mulut tetapi tidak diberikan rawatan hinggakan dia terpaksa mengambil anaknya itu untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Tegasnya, Hanez Suraya tidak pernah mencampuri urusan antara dirinya dan Liyana justeru dia berasa pelik mengapa bekas isterinya itu terus menerus memburukkan Hanez Suraya.

“Saya tahu masyarakat menyebelahi Nurliyana apabila dia kononnya langsung tidak menuntut apa-apa ketika kami berpisah. Bukan mahu mengungkit, tetapi masyarakat perlu tahu saya sudah sediakan segala-gala untuk keselesaannya. Saya sudah siapkan wang ringgit, aset dan keperluan hidup bukan hanya untuk Nurliyana, tetapi juga bekas ibu mentua.

“Mereka hidup selesa atas hak saya tetapi saya langsung tidak mengungkit perkara itu. Tetapi kenapa Nurliyana berterusan memburukkan saya? Sekalipun saya berada di pihak yang benar, masyarakat tidak akan percaya. Mereka akan terus meletakkan kesalahan di bahu kami,” ujar Romi lagi.

Sumber: Roti Kaya