Wednesday 28 October 2015

Filled Under:

WOW!! GEMPAK HABIS!! KOSTUM HOLLOWEEN ANAK BERANAK PALING MANTAP TAHUN INI!


JIKA ada yang tertanya-tanya apa itu Halloween dan kenapa ia tidak disambut di Malaysia, Halloween sebenarnya adalah pesta yang disambut oleh masyarakat Kristian di luar negara setiap tahun pada tanggal 31 Oktober.
Sudah jelas, umat Islam sememangnya dilarang untuk menyambutnya kerana bertentangan dengan agama itu sendiri.
Walau bagaimanapun, keseronokan masyarakat Kristian menyambut pesta itu sememangnya terasa dan membawa keseronokan kepada semua lapisan masyarakat di dunia.
Mana tidaknya, sempena Halloween inilah masanya untuk semua masyarakat yang menyambutnya untuk berpakaian apa sahaja yang menakutkan atau berpakaian apa sahaja yang mereka suka.
Kalau dilihat setiap tahun, memang pelbagai jenis kostum kreatif lagi mengerikan akan menjadi pilihan ramai.
Namun begitu, bagi menyemarakkan lagi bahang sambutan pesta itu yang akan tiba tidak lama lagi, dua beranak ini telah memperkenalkan kostum terbaik mereka tahun ini.
Pakaian tersebut telah dikongsikan secara online dan rata-ratanetizen telah memuji dan kagum dengan kostum mereka.
Kostum rangka gagak hitam dan penjaganya itu dikatakan telah dijahit dan dihasilkan oleh mereka sendiri.
Ia memakan masa selama 3 hari untuk menyiapkan kostum berkenaan dan mereka sangat teruja untuk mempamerkannya nanti.
Orang ramai yang melihat hasil hebat itu menyatakan ia adalah kostum paling ngeri pernah dilihat dan ada juga menyifatkan ia adalah kostum terbaik untuk tahun ini. 

vOYwWF4l





0 comments:

Post a Comment