Friday 23 October 2015

Filled Under:

[MARI BACA] AKHIRNYA Mangsa Yang DIBELASAH Oleh "Gangster Wanita Kelantan" Mendedahkan CERITA SEBENAR !



Kota Bharu: “Saya tak salah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa 
keadaan. Namun mereka menyerang saya seperti samseng.

“Disebabkan kejadian itu saya takut untuk keluar rumah dan trauma hingga
kini,” kata mangsa pukul beberapa wanita yang rakaman videonya 
menjadi viral di laman sosial beberapa hari lalu.

Dalam rakaman itu, mangsa dikenali sebagai Nila, 22, dibelasah
 teruk dan dimalukan gara-gara salah faham serta didakwa 
menjalin hubungan sulit dengan teman lelaki pelaku serta suami orang.

Kejadian berlaku di Wakaf Mek Zainab, di sini, 15 Oktober lalu
 dan menyebabkan tiga wanita berusia 20-an ditahan 
polis sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut 
Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Menurut Nila, dia tiada upaya melawan kembali 
perbuatan wanita terbabit kerana keseorangan, selain dikeliling 
ramai rakan wanita berkenaan.

Walaupun teruk dibelasah, ibu anak satu itu bersyukur 
kerana tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya 
menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Perempuan
 Zainab II (HRPZ II), di sini.

“Kes dalam perhatian pihak berkuasa dan saya tidak 
mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya 
kepada polis untuk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.

“Saya berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin 
tidak bersalah dalam hal ini. Semua yang terjadi akibat rasa 
tidak puas hati dan salah faham,” katanya.

Menceritakan kejadian itu, Nila berkata, sebelum insiden, dia 
dipukul wanita sama pada 13 Oktober kerana rasa tidak puas
 hati, namun tiada pihak merakam kejadian itu.

“Kerana masih tidak puas hati, dia mencari saya lagi ketika
 saya ke Wakaf Mek Zainab untuk ke rumah rakan. Ketika itu 
saya menunggu di dalam kereta dan secara tiba-tiba diheret keluar.

“Mereka pukul saya dengan teruk dan merakam kejadian yang
 berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yang dia dendam sanga
t kerana tidak mempunyai hubungan dengan teman lelakinya seperti
 didakwa.

“Saya juga tidak tahu-menahu mengenai barang kemas yang 
didakwanya dalam milikan saya. Dia sebenarnya mencari seorang

rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka,” katanya.






0 comments:

Post a Comment